• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PICKids COVID-19 akan bermula 3 Februari, ini cara untuk daftar anak anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:49 pm
  • 28/01/2022
  • Komen
PICKids COVID-19 akan bermula 3 Februari, ini cara untuk daftar anak anda
Share on FacebookShare on Twitter

Kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 tahun boleh menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi. Mereka akan menerimanya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang akan dilaksanakan bermula 3 Februari 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak kementerian telah menjalankan kajian terhadap vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) yang akan diberikan kepada kanak-kanak. Vaksin itu didapati selamat dan telah disuntik kepada 8.6 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat.



Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa ibu bapa yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun untuk mendaftarkan anak mereka melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin. Pihaknya menganggarkan kira-kira 4 juta kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun layak menerima vaksin ini.

Program suntikan ini akan dimulakan di Lembah Klang. Bagi kanak-kanak yang mempunyai komorbiditi, mereka akan dapatkannya di hospital. Manakala bagi yang tidak mempunyai masalah kesihatan, mereka akan menerimanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.



Sehingga kini, sebanyak 484,639 janji temu vaksin untuk kanak-kanak telah diterima melalui MySejahtera. Melalui platform itu, ibu bapa atau penjaga boleh pilih lokasi dan waktu vaksinasi yang sesuai untuk anak masing-masing. Sebagai permulaan, janji temu vaksin untuk kanak-kanak hanya dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, tetapi KKM akan buka janji temu untuk seluruh negara tidak lama lagi.

Cara Daftar PICKIDS

Ibu bapa yang ingin membuat janji temu untuk anak perlu memuat turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu. Kemudian ikut langkah di bawah:

  1. Pergi ke aplikasi MySejahter, pilih COVID-19 Vaccination dan klik pada Add Vaccine Dependent
  2. Klik butang Add Vaccine Dependent dan lengkapkan borang yang disediakan. Anda juga boleh tambah lebih dari satu dependent bergantung kepada jumlah anak.
  3. Sahkan pendaftaran dan jawab soalan yang disediakan
  4. Pastikan anak-anak didaftarkan pada satu akaun MySejahtera sahaja, sama ada dia akaun anda atau pun akaun pasangan

Selain itu, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas yang masih belum terima vaksin, anda boleh cuba untuk dapatkannya dengan cara walk-in ke PPV Integrasi yang berdekatan.

[Sumber: Malaymail]

[Sumber gambar: Theedgemarkets]

Bacaan berkaitan

  • 4 PPV Integrasi tawar vaksin secara walk-in bermula 27 Januari 2022
  • APP MySejahtera perkenal pengesanan guna Bluetooth dan butang checkout dibuang
Tags: COVID-19vaksinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PICKids COVID-19 akan bermula 3 Februari, ini cara untuk daftar anak anda

PICKids COVID-19 akan bermula 3 Februari, ini cara untuk daftar anak anda

28 January 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN