Pemilik kereta Tesla kini boleh memanfaatkan sistem audio canggih dalam kereta mereka dengan berkaraoke. Aksesori terbaharu daripada Tesla adalah berbentuk mikrofon yang boleh berhubung dengan sistem infotainment kereta.
Bersama-sama dengan kemas kini perisian 2022.2.1, sokongan berkaraoke bersama mikrofon itu didatangkan dengan perisian Leishi KTV, perisian karaoke popular negara China.
Mikrofon Tesla dilengkapi cip DSP untuk memproses suara dengan pola kepekaan bunyi supercardioid. Menariknya, satu set mikrofon Tesla datang dalam dua unit untuk anda menyanyi secara duet.
Di dalamnya ada bateri yang katanya boleh beri waktu operasi lebih 10 jam. Malangnya, TeslaMic hanya boleh didapati dalam pasaran China. Harganya adalah sekitar USD188 (RM787).
Bacaan berkaitan
Kerentanan pada perisian bolehkan kereta Tesla dikawal dari jauh – SoyaCincau.com
Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik – SoyaCincau.com
Iklan kereta elektrik Tesla Model 3 mula kelihatan di Malaysia – SoyaCincau.com