• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis Pakistan minta PUBG diharamkan selepas remaja membunuh 4 ahli keluarga

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 04/02/2022
  • Komen
Reno6 Pro: 6 benda yang perlu anda cuba pada Reno terhebat daripada OPPO
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja di Pakistan dilaporkan telah membunuh seisi keluarganya akibat marah, selepas seharian bermain permainan video. Sehubungan itu, polis Pakistan meminta supaya kerajaan mengharamkan permainan video Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), kerana mempengaruhi kelakuan remaja tersebut.

Remaja itu yang dikenali sebagai Ali Zain, telah menembak mati ibunya, dua orang kakak dan seorang abang pada 18 Januari lepas. Ketika disoalsiasat polis, Ali mengatakan bahawa permainan tersebut telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan tersebut.



Imran Kishwar, pegawai penyiasat polis menyatakan kepada pemberita bahawa ini bukanlah kejadian yang pertama seumpamanya. Kerana itu, polis mencadangkan pengharamannya. Kishwar menambah, Ali terlalu ketagih permainan tersebut dan berkurung berhari-hari di dalam bilik untuk bermain. Media pula melaporkan, Ali menembak ahli keluarganya dan berfikir, mereka akan hidup kembali seperti di dalam permainan.

PUBG adalah sejenis permainan berbilang pemain (multiplayer) yang sangat popular di seluruh dunia. Ia menggunakan konsep “Battle Royale” iaitu pemenang adalah orang yang terakhir hidup. Dalam permainan itu, setiap pemain akan cuba membunuh pemain lain supaya menjadi pemenang.



Pengharaman permainan video PUBG bukanlah perkara baharu. Beberapa penyedia telekomunikasi Pakistan pernah menghalang akses PUBG buat sementara, kerana aduan berkenaan kandungannya yang terlalu ganas. China telah mengharamkan PUBG pada 2019, mengakibatkan ia berevolusi menjadi permainan Game for Peace. Langkah pengharaman yang sama turut dibuat oleh India, Nepal dan Iraq. Di Indonesia pula, Majlis Ulama Acheh pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan PUBG kerana ia mencetuskan keganasan.

Di Malaysia, mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pernah mencadangkan pengharaman PUBG akibat keganasan. Manakala pejabat mufti Wilayah, menyatakan bahawa mereka cenderung memakruhkan permainan PUBG ini kerana terdapat unsur-unsur yang membuang masa, dan menjadi haram sekiranya pemain itu melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Apa-apa perkara jika dilakukan berlebihan dan melampau ekstrem, pastinya tidak baik. Nak main game, jangan sampai ketagih. Ibubapa juga perlu memantau anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan unsur tidak sihat di dalam permainan video.

[Sumber: Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • China Haramkan PUBG Mobile Dan Gantikan Dengan Versi Lain
  • Ulama Acheh haramkan PUBG selepas India, Nepal & Iraq kerana mempromosi keganasan
  • Pernah diharamkan di India, PUBG kembali dengan jenama baharu
Tags: pubg
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Reno6 Pro: 6 benda yang perlu anda cuba pada Reno terhebat daripada OPPO

Polis Pakistan minta PUBG diharamkan selepas remaja membunuh 4 ahli keluarga

4 February 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER