• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masuk lebuhraya sebelum 9 pagi, nasihat PLUS untuk pengguna pulang ke Lembah Klang pada 5 & 6 Februari

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:01 pm
  • 04/02/2022
  • Komen
Masuk lebuhraya sebelum 9 pagi, nasihat PLUS untuk pengguna pulang ke Lembah Klang pada 5 & 6 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

PLUS menasihatkan pemandu dari utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang pada 4 hingga 6 Februari, supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan. Mereka juga sarankan pemandu yang bertolak jauh dari ibu negara, contohnya dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk masuk ke lebuhraya sebelum jam 9 pagi.

Jumlah trafik yang meningkat dicatatkan pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina pada 2 Februari apabila Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri. Dalam masa yang sama, lonjakan ini dijangka bakal berulang pada hari Sabtu 5 Februari dan Ahad 6 Februari. Hal ini berikutan ada individu yang mengambil cuti tambahan bersempena dengan cuti sekolah dan akan menggunakan lebuhraya untuk kembali ke Lembah Klang.



Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menggesa orang ramai supaya rancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA yang telah dikeluarkan. Beliau juga nasihatkan pelanggan untuk pastikan baki kad Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet mencukupi bagi kegunaan RFID. Selain itu, pengguna lebuhraya turut dingatkan agar sentiasa mematuhi SOP pencegahan Covid-19 di R&R serta hentian sebelah. Gunakan aplikasi seperti Waze atau Google Map untuk elak kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuhraya.

Di samping itu, PLUS telah membuat persediaan untuk memastikan pengguna lebuhraya menikmati perjalanan yang selesa ke bandar, dengan menyediakan pasukan PLUSRonda tambahan. Mereka akan bantu pemandu yang menghadapi masalah kerosakan kenderaan di lebuhraya. PLUS turut bekerjasama dengan Polis Trafik (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan di sepanjang lebuh raya. Pasukan RELA juga diatur bagi memudahkan pengurusan trafik di plaza tol dan kawasan rehat.



[Sumber: MalayMail, PLUS]

Bacaan berkaitan

  • PERINGATAN: SmartTAG tidak boleh digunakan di lorong RFID
  • Boleh tak pegang RFID dengan tangan untuk bayar tol?
  • Beli tag RFID dengan diskaun dan penghantaran percuma di aplikasi Touch n Go eWallet
Tags: plus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Masuk lebuhraya sebelum 9 pagi, nasihat PLUS untuk pengguna pulang ke Lembah Klang pada 5 & 6 Februari

Masuk lebuhraya sebelum 9 pagi, nasihat PLUS untuk pengguna pulang ke Lembah Klang pada 5 & 6 Februari

4 February 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER