• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Pemegang khas tag RFID dijual di Shopee, bolehkah dibeli dan digunakan?

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 07/02/2022
  • Komen
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol
Share on FacebookShare on Twitter

Semua lebuhraya di Semenanjung Malaysia telah menyokong RFID di plaza tol. Sehubungan itu, pemilik kenderaan disarankan untuk mendapatkan tag RFID bagi memastikan perjalanan yang lancar di lebuhraya.

Selain pergi ke pusat pemasangan RFID rasmi, tag RFID juga boleh dipasang sendiri dengan membeli kit pemasangan DIY secara dalam talian. Walaupun ada panduan pemasangan rasmi yang menyatakan bahawa tag RFID perlu dipasang di tempat tertentu, masih ramai yang cuba memasangnya di tempat lain. Antaranya di belakang plat pendaftaran kenderaan, malah ada yang memegangnya dengan tangan seperti menggunakan SmartTAG.



Kini terdapat penjual di Shopee yang menjual pemegang tag RFID, pada harga RM6.99 sahaja. Ia sebenarnya adalah plastik akrilik yang boleh melekat ke cermin hadapan. Penjual mennyatakan, ini membolehkan pemasangan tag RFID dengan mudah dan pengguna boleh menukar tempat meletak tag RFID tanpa merosakkannya. Ia juga dinyatakan berfungsi dengan baik di cermin yang dilapisi pelindung skrin.

Touch n Go sebagai pengedar dan penyedia perkhidmatan tag RFID, menyarankan orang ramai untuk memasang tag RFID di sebelah kiri cermin hadapan atau di sebelah kiri lampu hadapan. Ia juga mesti dipasang jauh daripada besi, sekurang-kurangnya 5cm kerana ia menggunakan teknologi medan elektromagnetik. Secara kasar, tag RFID seperti boleh dipasang di mana-mana sahaja dalam kenderaan.



Jadi, kenapa ada yang tidak mengikut saranan pemasangan RFID? Ini kerana rasa risau mereka yang memasang sendiri tag RFID, apabila RFID tidak dapat berfungsi dengan baik di plaza tol. Malah, tag RFID direka supaya ia tidak lagi boleh digunakan jika dicabut selepas dipasang. Untuk mengelakkan ia rosak jika dialihkan, maka pemegang tag RFID ini digunakan, sebab yang sama digunakan pada pelekat cukai jalan kenderaan.

Sebenarnya, setiap pembelian tag RFID yang berharga RM35 datang bersama satu kali penggantian percuma daripada Touch n Go. Jika ada kesilapan memasang, pengguna boleh meminta ia diganti.

Seperkara lagi, perlu diingatkan bahawa tag RFID tidak boleh ditukar milik. Ia perlu didaftarkan bersama satu kenderaan sahaja dan tidak boleh digunakan pada kenderaan lain.

Dalam peringatan PLUS juga, pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan tag RFID dengan tagan. Jika ditangkap melakukan kesalahan ini, tag RFID boleh disenarai hitam dan tidak boleh digunakan lagi.

Untuk pengguna yang memiliki beberapa kenderaan, setiap kenderaan perlu dipasang tag RFID tersendiri dan sehingga 10 tag RFID boleh dipautkan ke akaun Touch n Go eWallet yang sama.

Walaupun belum pernah mencubanya, sebenarnya anda tidak perlu membeli pemegang tag RFID ini kerana plastik yang sama digunakan untuk melekat cukai jalan kenderaan boleh juga digunakan untuk cara ini. Malah, ada yang menggunakan pelekat kenderaan Mcdonald VIP Drive Thru dan ia berjaya digunakan.

Jika anda masih merancang untuk tidak melekatkan tag RFID pada tempat yang sepatutnya, ia mungkin boleh dicuri orang lain dan digunakan secara percuma pada kenderaan mereka di lebuhraya, terutama sekali jika plaza tol tersebut masih tiada fungsi pengecaman nombor pendaftaran kenderaan (ANPR). Tiada bukti tag RFID bukan di kenderaan anda.

Bacaan Berkaitan

  • PERINGATAN: SmartTAG tidak boleh digunakan di lorong RFID
  • SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol
  • Monopoli Touch n Go di tol akan dihentikan, pengguna diberi pilihan pembayaran digital terbuka
  • 6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar
  • Boleh tak pegang RFID dengan tangan untuk bayar tol?
Tags: plusrfidTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Pemegang khas tag RFID dijual di Shopee, bolehkah dibeli dan digunakan?

7 February 2022
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER