Sedia maklum yang RTM akan menyediakan liputan kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 (RUSSIA 2018). Walaupun saluran RTM ada disiarkan pada platform unifi TV, anda tidak akan dapat menonton apa-apa perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 atas sebab hak penyiaran.
Pihak unifi TV sudahpun mula menghantar SMS kepada pelanggan mereka untuk memaklumkan bahawa tiada tayangan Piala Dunia pada waktu perlawanan, kerana mereka terpaksa mematikan strim RTM.
Apa yang berlaku pada FIFA 2014, unifi TV memadamkan tayangan RTM sepanjang waktu perlawanan tetapi mereka memberikan pelanggan mereka beberapa saluran percuma sebagai pampasan.
Tetapi pengguna unifi TV tidak perlu gundah gulana kerana masih ada banyak cara lain mereka boleh menontonnya secara percuma, atau berbayar. Paling mudah, cucuk antena tv lama atau guna antena baru dan tonton secara digital.
Siaran RTM juga boleh ditonton melalui pelayar dengan melayari laman web myKlik. Selain itu, orang ramai boleh menonton perlawanan Piala Dunia 2018 terpilih secara percuma melalui saluran Astro Arena, sama ada melalui aplikasi Astro Go atau di laman web Astro Go.
Jika mahu akses penuh 64 perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung, dapatkan Pas Piala Dunia 2018 Astro bernilai RM120.