Tonton Piala Dunia 2018 secara percuma di Astro atau langgan pas untuk akses penuh 64 perlawanan

Peminat bola sepak pastinya tidak sabar menantikan ketibaan acara Piala Dunia FIFA 2018 Rusia. Astro selaku penyiar rasmi acara ini, mengumumkan Pas Saluran Piala Dunia buat peminat di Malaysia untuk menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung dengan kualiti berdefinisi tinggi (HD).

Piala Dunia FIFA 2018 Rusia akan berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Pas istimewa untuk menyaksikan perlawangan bola sepak terulung ini boleh dilanggan oleh semua rakyat Malaysia, yang telah menjadi pelanggan Astro mahupun bukan.

Astro menyediakan dua saluran khas bagi menyiarkan kesemua 64 perlawanan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 SECARA LANGSUNG iaitu di:

  • HD – Saluran 823 & Saluran 824
  • SD – Saluran 821 & Saluran 822

Terdapat tiga jenis langganan Pas Saluran Piala Dunia yang disediakan Astro, iaitu:

  1. Pelanggan ‘Pek Sukan Astro’ / ‘SuperPack’ / ‘SuperPack Plus’ mendapat pas secara PERCUMA.
  2. Pelanggan Astro yang tidak melanggan ‘Pek Sukan Astro’ dan pelanggan prabayar NJOI pada harga RM100.
  3. Bukan pelanggan Astro boleh menonton menerusi platform Astro GO pada harga RM120.

Bagi pelanggan kategori 1 yang menerima Pas ini secara percuma, mereka ini berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif ke Rusia yang ditanggung sepenuhnya menerusi peraduan anjuran Astro Circle yang akan berakhir pada 6 Mei 2018.

Pelanggan kategori 2 iaitu pelanggan Astro dan prabayar NJOI yang tidak melanggan mana-mana pek Sukan Astro, boleh mendapatkan ‘Pas Piala Dunia FIFA 2018’ pada harga RM100 dan kandungan eksklusif di aplikasi Stadium Astro dan aplikasi VR.

Untuk bukan pelanggan Astro iaitu kategori 3, boleh membeli pas ini pada harga RM120 dan menontonnya di platform Astro GO.

Selain pas menonton seluruh perlawanan, Astro juga akan menawarkan Pas Piala Dunia dalam bentuk Pas Perlawanan untuk menonton satu perlawanan sahaja, Pas Berkumpulan untuk menonton semua perlawanan dalam satu kumpulan dan Pas ‘Knockout Stage’ untuk menonton semua perlawanan 16 Kumpulan Terbaik (‘Round of 16’), peringkat Suku Akhir, peringkat Separuh Akhir, perlawanan untuk kedudukan Ke-Tiga dan Perlawanan Akhir.

BACA  Pocophone F1 paling kebal akan tiba minggu ini

Astro juga menyiarkan 22 perlawanan SECARA LANGSUNG dan PERCUMA menerusi Astro Arena. Tontonan percuma ini boleh dinikmati menerusi platform Astro GO, dan mana-mana pelanggan Astro dan NJOI.

Bagi yang berminat untuk membeli Pas Piala Dunia ini, boleh layari laman web www.astro.com.my/wc2018.