• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenderaan elektrik & kenderaan milik OKU, layak terima insentif pengecualian cukai jalan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:04 pm
  • 15/02/2022
  • Komen
BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini melaksanakan pemberian insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, sepenuhnya kepada kategori Kenderaan Motor Elektrik (EV) dan kenderaan yang membawa atau dimiliki oleh Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengecualian LKM bagi EV

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pengecualian fi LKM bagi EV itu hanyalah membabitkan kenderaan yang dipacu sumber elektrik sepenuhnya sahaja, sama ada yang dikuasakan dengan bateri atau ‘Fuel Cell’. Ia tidak melibatkan kenderaan hibrid yang mempunyai enjin pembakaran dalaman berkuasa petrol atau diesel. Tempoh pengecualian untuk kategori ini bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2025. Permohonan untuk dapatkan pengecualian bermula pada 15 Februari 2022.



Sumber

Pengecualian LKM bagi kenderaan bermotor milik OKU

Untuk kenderaan bermotor milik OKU, pengecualian ini hanya terpakai kepada kenderaan bermotor yang telah diubah suai khas untuk kegunaan mereka. Bagi kenderaan bermotor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya diberikan kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja.

Namun, Kenderaan tersebut mestilah didaftarkan serta dilesenkan atas nama individu OKU itu. Dia juga perlu berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Selain itu, pengecualian ini juga layak kepada kenderaan motor yang didaftarkan atau dimiliki ibu bapa serta penjaga yang mempunyai anak OKU. Pasangan suami atau isteri yang mempunyai pasangan OKU turut termasuk dalam pengecualian ini. Namun, dengan syarat individu OKU terbabit sudah berdaftar dengan JKM. Permohonan untuk dapatkan pengecualian ini bermula pada 15 Mac 2022.

Di samping itu, rebat akan diberikan kepada pemilik dua kategori pengecualian di atas yang sudah melesenkan kenderaan mereka mulai 1 Januari lalu, iaitu sebelum tarikh mula permohonan. Individu yang terlibat atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan semula LKM. Mereka berhak dibayar dengan cara rebat seperti yang telah ditetapkan.

Pemberian insentif ini selaras dengan pengumuman kerajaan melalui Bajet 2022. Dapat di lihat, ini merupakan satu usaha yang prihatin, terutamanya apabila pengecualian ini melibatkan golongan OKU. Untuk maklumat lanjut pelaksanaan insentif ini, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan JPJ.

[Sumber: MalayMail, BH]

Tags: JPJKenderaan Motor ElektrikLesen Kenderaan Motor
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara

Kenderaan elektrik & kenderaan milik OKU, layak terima insentif pengecualian cukai jalan

15 February 2022
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN