Setakat artikel ini ditulis, terdapat 124 jenis kit ujian pantas (RTK) COVID-19 telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Adalah penting untuk anda mendapatkan kit ujian yang diperakukan KKM supaya tiada ralat berlaku sewaktu anda lakukan ujian COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pernah mengingatkan yang menggunakan kit ujian yang tidak diperakukan boleh merisikokan diri sendiri dan orang lain kerana kit yang digunakan mungkin tidak mempunyai kepekaan yang cukup untuk mengesan virus itu.
Sekiranya anda temukan kit ujian kendiri yang dijual luar biasa murah, adakah anda yakin yang ia telah diperakukan KKM? Memang ada ujian yang dijual bawah RM5, tapi pastikan ia berada dalam pengkalan data perakuan KKM. Pengkalan data yang mengandungi senarai kit yang ada kelulusan boleh didapati di dalam pautan di bawah:
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Senarai ini dikemas kini daripada masa ke masa. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk meneliti kotak kit ujian RTK-Ag COVID-19 yang ingin anda beli, cari maklumat tentang nombor LOT. Apabila anda sudah dapat nombor LOT, bandingkannya pula dengan pengkalan data MDA.
Sekiranya anda membeli kit ujian kendiri COVID-19, jangan lupa untuk nikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 yang ditawarkan kerajaan. Insentif ini juga boleh dimanfaatkan bila anda lakukan ujian calit PCR yang lebih mahal.