• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat Nothing dilapor akan lancar telefon seawal April 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:03 am
  • 04/03/2022
  • Komen
Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing adalah sebuah syarikat elektronik yang diasaskan Carl Pei selepas dia keluar daripada OnePlus. Setakat ini, Nothing cuma ada satu produk sahaja yang ditawarkan iaitu earbuds Nothing Ear (1) yang boleh anda dapatkan pada harga RM499.

Berita terbaharu daripada MWC 2022 ada kedengaran tentang Nothing mungkin melancarkan telefon seawal April 2022. Ia tidaklah mustahil kerana sebelum ini, Nothing telah mengambil alih Essential, syarikan yang bertanggung jawab dalam penghasilan telefon Essential PH-1.



Essential PH-1

Pengambil alihan itu bermakna mereka kini miliki banyak harta intelek tentang telefon dan pastinya cukup untuk hasilkan sebuah telefon, sekurang-kurangnya berasaskan kerangka Essential PH-1 sedia ada.

Walau bagaimanapun, maklumat terperinci tentang telefon ini masih sangat samar-samar. Ramai yang berspekulasi yang ia tentu sekali akan mengguna pakai kemasan belakang lutsinar seperti Nothing Ear (1). Adakah ia akan menjadi nama besar untuk bersaing macam OnePlus dulu? Agak mustahil untuk mereka lakukannya disebabkan mereka tiada volume untuk hasilkan produk secara pukal.



Essential PH-1 sewaktu dilancarkan dalam tahun 2017, harganya di A.S adalah USD599 (RM2,928). Pada ketika itu, pengguna boleh dapatkan Xiaomi Mi 6 pada harga bermula RM2,299, Samsung Galaxy S8+ pada harga RM3,099, Huawei Mate 9 dan P9 masing-masing pada RM2,499 dan RM1,799.

Sumber: GSMArena

Tags: androidNothingtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia

Syarikat Nothing dilapor akan lancar telefon seawal April 2022

4 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN