• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dato Pandalela dan Datuk Latif meriahkan Jualan Mega pertama Shopee tahun

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 04/03/2022
  • Komen
Dato Pandalela dan Datuk Latif meriahkan Jualan Mega pertama Shopee tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan akan mengadakan jualan mega pertama mereka tahun ini pada 15 Mac 2022. Digelar sebagai Hari Pelanggan 3.15, ia menyediakan banyak tawaran menarik dan lebih nilai kepada pengguna untuk membeli-belah.

Jualan mega pertama kali ini juga akan dimeriahkan oleh Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly, yang dilantik sebagai duta jenama Shopee untuk Hari Pelanggan 3.15 nanti. Mereka adalah atlet Malaysia dengan prestasi sangat membanggakan kerana menyumbang pingat untuk Malaysia di Sukan Olimpik dan Paralimpik.



Shopee memperkenalkan Hari Pelanggan 3.15 bagi membawa lebih nilai dan kegembiraan kepada semua pembeli, yang kini menggunakan e-dagang untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang tahun. Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada Hari Pelanggan 3.15 yang menampilkan pelbagai jenis produk, yang ditambah baik dengan tawaran diskaun 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar & Menang Nissan Almera.

Sebagai sebahagian daripada Hari Pelanggan 3.15, Shopee juga melancarkan pengaktifan #ShopeeCelebratesYou untuk membawa lebih banyak keceriaan kepada para pengguna sepanjang tempoh 3.15.



Berlangsung setiap hari di Shopee Live mulai hari ini hingga 15 Mac, pengguna boleh bermain permainan yang amat menarik, iaitu Sampul Misteri. Pemanggil Bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Para penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama tersebut, dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.

Tontoni TV3 atau Shopee Live pada pukul 9 malam pada 15 Mac untuk mendapatkan tawaran TV terbaik. Nikmati juga beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau, serta persembahan oleh selebriti dari Korea di program Shopee Tawaran TV untuk Hari Pelanggan 3.15.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pelanggan Shopee 3.15, layari shopee.com.my/m/3-3.

Trend beli-belah rakyat Malaysia

Dalam memahami kehendak pengguna, Shopee telah meneliti trend beli-belah rakyat Malaysia kebelakangan ini. Antara data yang ditemui adalah:

  • Peningkatan 6x ganda dicatatkan bagi permintaan untuk Produk Penjagaan Diri di platform tersebut pada tahun 2021, berbanding tahun 2019, sebelum pandemik menular.
  • Pertumbuhan permintaan sebanyak 10x ganda bagi barangan berkaitan penambahbaikan kelengkapan rumah dan kediaman.
  • 42% daripada barangan penjagaan diri yang dijual tahun lepas adalah berkaitan dengan dandanan diri, suplemen, peralatan senaman, bekalan memasak dan membakar makanan, pakaian tidur serta produk mandian dan spa.
  • Peningkatan 12x ganda untuk permintaan bagi makanan ringan, serta peningkatan 13x ganda bagi bekalan memasak dan membakar makanan pada tahun 2021 berbanding tahun 2019.
  • Peningkatan 12x ganda dalam permintaan untuk barangan pembaikan rumah dalam masa dua tahun.
  • Permintaan bagi bekalan haiwan peliharaan meningkat sebanyak 13x ganda dalam tempoh dua tahun, antara tahun 2019 dan 2021.
  • Perkataan ‘keropok’ telah dicari hampir 7x ganda lebih banyak pada tahun 2020 dan lebih 25x ganda lebih banyak pada tahun 2021, kedua-duanya berbanding tahun 2019.
  • ‘Kids books’ telah menjadi salah satu kata carian yang semakin popular dengan peningkatan carian lebih 11x ganda pada tahun 2020 berbanding 2019.
  • Kata carian ‘bubble tea’ meningkat lebih daripada 7x ganda menjelang Disember tahun lepas, sejak pelancaran ShopeeFood pada bulan September 2021.
Tags: Abdul Latif RomlyPandelela RinongShopee
Najib

Najib

POPULAR

Dato Pandalela dan Datuk Latif meriahkan Jualan Mega pertama Shopee tahun

Dato Pandalela dan Datuk Latif meriahkan Jualan Mega pertama Shopee tahun

4 March 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN