• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Servis kenderaan dengan 70% diskaun di GoCar Garage sempena Hari Wanita

  • OLEH Najib
  • 11:07 pm
  • 07/03/2022
  • Komen
Servis kenderaan dengan 70% diskaun di GoCar Garage sempena Hari Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang bulan Mac ini, GoCar Malaysia meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan mengumumkan kempen GOLADIES. Kempen ini menawarkan penjimatan sebanyak 70% ke atas semua pakej servis asas GoCar Garage, dari sekarang sehingga 31 Mac 2022.

Terhad kepada 300 pelanggan pertama, penjimatan ini boleh ditebus menggunakan kod promosi “GOLADIES” di dalam aplikasi mudah alih GoCar. Kadar istimewa untuk pakej servis asas akan diberikan seperti berikut:



  • Pakej Minyak Mineral – RM98 RM30
  • Pakej Minyak Semi-Sintetik – RM128 RM38
  • Pakej Minyak Sintetik Penuh – RM198 RM60

Untuk makluman, GoCar Garage hanya menggunakan minyak premium jenama Total atau Shell.

Walaupun kod promosi “GOLADIES” boleh digunakan antara 1 hingga 31 Mac 2022 sahaja, temu janji untuk servis boleh ditetapkan sehingga 30 Jun 2022. Kempen GOLADIES ini hanya boleh didapati di Lembah Klang. Kenderaan pula akan diservis di GoCar Garage Hub di Petaling Jaya.



Lebih baik lagi, pelanggan boleh menikmati manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambil dan pulang GoValet (yuran minimum sehingga RM20 akan dikenakan bergantung kepada jarak), penggunaan kenderaan GoCar selama dua jam secara percuma, sanitasi dan basuh kereta secara percuma, serta pemeriksaan kenderaan komprehensif bagi membantu memastikan kereta mereka berada dalam keadaan terbaik.

Selain penukaran minyak enjin selama 45 minit, GoCar Garage turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti pemeriksaan dan penukaran bateri, servis tayar, membaiki dan penyelenggaraan sistem pendingin hawa, brek, sistem penyejukan enjin dan penggantiannya, diagnostik elektrikal serta pembaikan badan dan cat.

Menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh membuat dan mengesahkan temu jani servis mereka dengan senang, memilih atau meminta servis yang diperlukan, membuat pembayaran serta menguruskan penghantaran dari pintu ke pintu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bagi memastikan harga yang telus sepenuhnya, pelanggan akan diberitahu tentang kerja-kerja yang diperlukan dan pecahan kos yang relevan selepas pemeriksaan dibuat oleh juruteknik bertauliah GoCar. Kerja-kerja hanya akan dilakukan selepas pelanggan membuat pengesahan dan meluluskan sebut harga berkenaan melalui aplikasi GoCar

Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar Garage dan GoCar Malaysia, sila layari laman web: https://hi.gocar.my,  kempen GOLADIES atau GoCar Garage Malaysia. Aplikasi mudah alih GoCar boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Tags: GocarGoCar Garage
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Servis kenderaan dengan 70% diskaun di GoCar Garage sempena Hari Wanita

Servis kenderaan dengan 70% diskaun di GoCar Garage sempena Hari Wanita

7 March 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER