• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple TV+ lancar dokumentari juara 7 kali Formula 1, Lewis Hamilton

  • OLEH Najib
  • 6:41 pm
  • 11/03/2022
  • Komen
Apple TV+ lancar dokumentari juara 7 kali Formula 1, Lewis Hamilton
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan Formula 1 (F1) adalah antara sukan termahal dan memiliki ramai peminat di seluruh dunia. Netflix menyertai kehangatan sukan ini apabila menyiarkan siri Drive to Survive dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Drive to Survive akan menyiarkan musim ke-4 mulai hari ini, 11 Mac tetapi ia ada pesaing tidak lama lagi.

Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri dokumentari baru, berkisar tentang juara dunia F1 sebanyak 7 kali, Lewis Hamilton. Ia akan disiarkan di platform penstriman mereka, Apple TV+.



Masih belum ada tajuk diberikan untuk dokumentari ini tetapi ia akan memaparkan kisah hidup dan karier sepanjang masa juara F1 ini. Penonton akan dapat menyaksikan pelbagai sudut kehidupan Lewis Hamilton bersama pasukan F1-nya.

Hamilton adalah satu-satunya pemandu kulit hitam di dalam sukan F1 dan sangat berjaya di dalam aktiviti yang memerlukan banyak wang dileburkan, walaupun datang daripada keluarga sederhana. Beliau kini bertanding dalam musim ke-16 F1 bersama pasukan Mercedes AMG Petronas F1.



Siri dokumentari ini akan diterbitkan oleh Hamilton sendiri, bersama Penni Thow, Box to Box Films, dan One Community. Richard Plepler pula bertindak sebagai Penerbit Eksekutif, menerusi syarikatnya Eden Productions, bersama Scott Budnick. Ia akan diarahkan oleh pengarah Matt Kay.

Kepada peminat F1 yang mahu menonton dokumentari ini apabila mula bersiaran, boleh melanggan Apple TV+ pada harga RM19.90/bulan dan berkongsi dengan 5 ahli keluarga. Anda juga boleh melanggan pakej Apple One, yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan Apple dan storan awan iCloud di bawah satu harga RM19.90/bulan untuk individu dan RM33.90/bulan bersama 5 ahli keluarga.

Tags: appleApple TV Plus
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Apple TV+ lancar dokumentari juara 7 kali Formula 1, Lewis Hamilton

Apple TV+ lancar dokumentari juara 7 kali Formula 1, Lewis Hamilton

11 March 2022
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER