• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Vanced akan ditutup, apa alternatif yang ada?

  • OLEH Najib
  • 12:09 pm
  • 14/03/2022
  • Komen
YouTube Vanced akan ditutup, apa alternatif yang ada?
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat video yang tak suka diganggu iklan di tengah jalan, YouTube Vanced adalah satu aplikasi penyelamat yang menyediakan tontonan lancar tanpa sebarang gangguan iklan. Sudah pasti, perkara ini tidak digemari oleh pemiliknya yang mahu pengguna membayar untuk membuang iklan, atau menonton percuma bersama iklan.

Berita terbaru ini pastinya memberi khabar buruk buat peminat. Pembangun aplikasi YouTube Vanced mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan aplikasi tersebut dalam masa terdekat dan memadam pautan muat turunnya. Aplikasi ini dijangka masih dapat terus digunakan oleh pengguna yang telah memasangnya, tetapi tiada lagi kemaskini di masa akan datang. Mungkin boleh digunakan sehingga 2 tahun lagi.



Currently installed versions will work just fine, until they become outdated in 2 years or so.

— Vanced Official (@YTVanced) March 13, 2022

Menurut pembangun Vanced, mereka terpaksa menghentikannya kerana sebab undang-undang. Ini kerana Google telah menghantar surat perintah berhenti kerja kepada mereka, supaya tidak lagi mengedarkan dan membangun aplikasi Vanced. Mereka telah diminta untuk tidak lagi menggunakan logo ‘YouTube’ dan sebarang pautan berkaitan produk youTube.

Google telah memperkenal YouTube Premium, perkhidmatan tontonan tanpa gangguan iklan di Malaysia pada November 2019. Ia berharga RM17.90/bulan untuk individu, atau RM26.90/bulan bagi keluarga sehingga 5 ahli. Khas untuk pelajar yang layak, harga langganan cuma RM10.90/bulan.



Apakah ada alternatif untuk YouTube Vanced? Mungkin akan muncul aplikasi lain tetapi sudah pasti Google tidak akan berdiam diri. Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak memuat turun sebarang aplikasi pihak ketiga tanpa pengesahan kerana ia mungkin mengandungi virus atau perisian hasad yang boleh menjejaskan bukan sahaja kepada peranti, malah mendedahkan data peribadi.

[Sumber: The Verge]

Bacaan Berkaitan

  • YouTube Premium dan YouTube Music boleh mula dilanggan di Malaysia, percuma sehingga 4 bulan
  • Pelajar di Malaysia boleh melanggan Youtube Premium dan Music dengan lebih murah
Tags: YouTubeYouTube PremiumYouTube Vanced
Najib

Najib

POPULAR

YouTube Vanced akan ditutup, apa alternatif yang ada?

YouTube Vanced akan ditutup, apa alternatif yang ada?

14 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN