• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple jimat lebih RM27 billion selepas keluarkan aksesori dari kotak, tapi harga telefon tak diturunkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:31 pm
  • 15/03/2022
  • Komen
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak tahun 2020, Apple tidak lagi sertakan kepala pengecas atau fon telinga bersama iPhone. Perubahan tersebut dikatakan untuk kurangkan pelepasan karbon dan memelihara bahan mentah. Mereka juga menunjukkan bahawa, dengan mengurangkan saiz kotak iPhone, lebih 70% peranti boleh dimuatkan pada palet penghantaran.

Maka, Apple boleh hantar lebih banyak telefon kepada pengguna dalam satu masa. Menurut Apple, dengan menggunakan kotak yang lebih kecil, ia membolehkan mereka mengurangkan pelepasan karbon tahunan sebanyak 2 juta tan metrik. Ia bersamaan dengan 500,000 kereta di jalan raya. Tapi, ramai yang tidak percaya dengan tujuan Apple ini, ada yang percaya bahawa Apple lakukannya kerana wang.



Menurut Daily Mail, dengan mengeluarkan pengecas dan EarPods dari kotak, setakat ini Apple telah jimat sekitar GBP 5 billion iaitu lebih dari RM27 billion. Tapi, Apple tidak mengurangkan harga telefonnya apabila ia mengeluarkan aksesori dari kotak.

Mengurangkan saiz kotak dan membolehkan 70% peranti muat pada setiap palet sepatutnya telah membantu Apple kurangkan kos penghantaran. Ia seterusnya membolehkan mereka kurangkan harga telefon yang dijual. Sesetengah penganalisis telah mengira bahawa Apple jimat sebanyak USD35 pada setiap iPhone yang dijualnya.



Sejak keluarkan aksesori daripada kotak, Apple dipercayai telah menghantar 190 juta unit iPhone. Jadi, anda dapat bayangkan tak berapa banyak mereka telah jimat? Sebaliknya, pelanggan pula tidak dapat berjimat, malah terpaksa keluarkan wang untuk dapatkan aksesori yang sepatutnya ada di dalam kotak. Dikatakan bahawa pelanggan telah membelanjakan USD 293.4 juta iaitu sekitar RM1234.6 juta untuk dapatkan aksesori tersebut.

Dengan penjualan iPhone SE yang baru dilancarkan, mungkin Apple dapat berjimat lebih banyak lagi. Peranti tersebut bukan sahaja dinaikkan harga, tetapi storan masih sama dan tiada aksesori di dalam kotak.

[Sumber: Phonearena]

Bacaan berkaitan

  • Pelajar saman Apple 100 Yuan kerana tiada pengecas dalam kotak iPhone
  • Semua iPhone tiada lagi pengecas dan EarPods, ini harga ia dijual di Malaysia
  • Apple dilapor akan pecah tradisi, ada iPhone 14 yang akan guna semula cip iPhone 13
Tags: appleiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro

Apple jimat lebih RM27 billion selepas keluarkan aksesori dari kotak, tapi harga telefon tak diturunkan

15 March 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER