• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terperdaya dengan pelaburan haram di Telegram, mangsa rugi RM20,600

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:54 pm
  • 16/03/2022
  • Komen
Terperdaya dengan pelaburan haram di Telegram, mangsa rugi RM20,600
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat terperdaya dengan tawaran pelaburan mata wang asing yang boleh datangkan keuntungan tinggi, seorang pegawai sains mengalami kerugian RM20,600 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran itu melalui aplikasi Telegram.

Terperdaya untung RM55,000 dalam masa 6 jam

Pada mulanya, mangsa menerima mesej berkaitan pelaburan di Telegram. Suspek memaklumkan mangsa mampu memperoleh keuntungan sehingga RM55,000 dalam masa enam jam selepas menyertai skim pelaburan itu. Mangsa lalu memindahkan RM3,000 ke dalam akaun diberikan suspek sebagai wang permulaan pelaburan berkenaan.



Beberapa jam kemudian, mangsa diminta membuat pembayaran sebanyak RM17,600, kononnya bagi tujuan mengeluarkan keuntungan pelaburan. Selepas itu, suspek meminta lagi mangsa membayar sebanyak RM15,000 sebagai caj perkhidmatan bank.

Namun, permintaan itu menimbulkan rasa curiga dan menyebabkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan pemilik akaun bank digunakan suspek untuk transaksi pelaburan berkenaan.



Individu seharusnya berasa curiga apabila menerima mesej berkaitan pelaburan di mana-mana platform media sosial. Jika benar mahu melabur, ada banyak pelaburan selamat lain yang boleh disertai. Contohnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pelaburan Tabung Haji. Pelabur juga seharusnya tidak memindahkan wang ke dalam akaun bank peribadi seseorang.

47 aduan pelaburan haram di Telegram diterima sejak Januari

Penipuan pelaburan di Telegram sebenarnya bukanlah satu isu baharu. Sejak Januari lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah terima 47 aduan dan pertanyaan mengenai skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui Telegram. Skim penipuan ini menawarkan peluang pelaburan tidak wujud dan menjanjikan pulangan menarik dalam jangka masa singkat.

Selain itu, ada juga yang mewujudkan kumpulan awam di Telegram untuk promosikan pakej pelaburan palsu. Ia disertakan dengan testimoni palsu dan diiklankan sebagai patuh Syariah. Bagi mendapatkan kepercayaan, pelaku akan mendakwa bahawa skim pelaburan mereka telah diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan.

Bagi mengelak lebih ramai dari menjadi mangsa, SC mengingatkan pelabur supaya sentiasa berhati-hati dalam menilai peluang pelaburan. Terutamanya apabila ia melibatkan kumpulan pelabur yang menjanjikan pulangan tinggi tidak realistik, dengan risiko yang sedikit. Orang ramai juga digesa untuk merujuk kepada Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur. Senarai tersebut mengandungi laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran.

Dalam masa yang sama, SC turut meminta orang ramai membuat laporan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel di [email protected], sekiranya mereka mengesyaki telah dihubungi oleh firma atau individu yang menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tidak realistik.

[Sumber: HMetro, BH]

Bacaan berkaitan

  • Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya
  • TnG eWallet GO+ kini patuh syariah, pulangan kekal sekitar 1.40% P.A
  • Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
Tags: SCAMtelegram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Terperdaya dengan pelaburan haram di Telegram, mangsa rugi RM20,600

Terperdaya dengan pelaburan haram di Telegram, mangsa rugi RM20,600

16 March 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER