• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia akan pasang 10,000 stesen pengecas EV sebelum 2025

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:41 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Malaysia akan pasang 10,000 stesen pengecas EV sebelum 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB), sehingga 10,000 stesen pengecas EV akan didirikan sebelum 2025. Beliau juga memaklumkan, di negara kita terdapat kira-kira 600 stesen pengecas dengan 300 daripadanya hasil pelaksanaan LCMB.

Angka tersebut adalah satu pertumbuhan yang agak perlahan. Berdasarkan laporan tahun 2020, dianggarkan terdapat 500 stesen pengecas EV dan selepas 2 tahun, hanya 100 unit sahaja yang berjaya dinaikkan?



Walau apapun, bagi mencapai angka 10 ribu tersebut, pelbagai inisiatif telah digerakkan. Antaranya memberi kemudahan kepada syarikat yang ingin membina infrastruktur EV pada sudut pelepasan cukai, manfaat sebagai syarikat perintis, dan bantuan kewangan.

Pihak MITI juga telah menubuhkan badan bertindak EV yang terdiri daripada menteri, agensi, dan sektor swasta yang berkaitan untuk merangka strategi kearah menyuburkan pertumbuhan industry EV di Malaysia.



Langkah MITI ini adalah tepat pada waktunya apabila kenderaan EV semakin banyak dilancarkan dan semakin mampu milik. Bila lebih banyak kenderaan EV di atas jalan raya, bilangan stesen pengecas yang ada perlulah selari dengan peningkatan pengguna.

Sumber: Bernama

Bacaan berkaitan

EQA 250, kereta elektrik pertama Mercedes di Malaysia pada harga sekitar RM278 ribu – SoyaCincau.com

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3? – SoyaCincau.com

Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya – SoyaCincau.com

Tags: automotifEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Malaysia akan pasang 10,000 stesen pengecas EV sebelum 2025

Malaysia akan pasang 10,000 stesen pengecas EV sebelum 2025

17 March 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN