• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Alami terjatuh yang teruk, Apple Watch bantu wanita ini dapatkan bantuan kecemasan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:28 pm
  • 18/03/2022
  • Komen
Alami terjatuh yang teruk, Apple Watch bantu wanita ini dapatkan bantuan kecemasan
Share on FacebookShare on Twitter

Ciri pengesanan terjatuh di Apple Watch nampaknya berfungsi dengan baik kepada pengguna. Berlaku di St. Petersburg, Florida, Apple Watch yang dipakai oleh Raylene Hackenwerth memberi amaran kepada anaknya selepas dia terjatuh yang teruk.

Ketika kejadian tersebut berlaku, wanita berusia 71 tahun itu sedang bersendirian di rumahnya. Menurut anaknya Jason Hackenwerth, Apple Watch ibunya memberikan notifikasi pada telefonnya dan menyatakan bahawa terdapat kejadian pengguna terjatuh yang teruk. Jam itu kemudiannya menghubungi sendiri talian 911.



Joshua Stevens adalah salah seorang paramedik yang bertindak. Baginya, panggilan kecemasan daripada jam tangan adalah sesuatu yang unik. Apabila responden pertama tiba, mereka mendapati Raylene hampir tidak sedarkan diri. Dia dibawa ke hospital tempatan, lalu doktor temui sesuatu dalam paru-parunya yang merupakan kanser.

Menurut Raylene, jika bukan kerana tragedi ini, dia tidak akan tahu bahawa ada kanser di dalam paru-parunya. Raylene yang kini sedang menunggu rawatan berkongsi bahawa dia menghargai Apple Watch serta ciri pengesanan terjatuh di dalam peranti itu.



Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan ciri pengesanan terjatuh di Apple Watch menjadi penyelamat. Sebelum ini, ada juga kisah mengenai kemalangan penunggang motosikal yang terjatuh dari motor setelah menjadi mangsa langgar lari. Apple Watch miliknya mengesan pemakai terjatuh lalu memberi amaran kecemasan kepada teman wanitanya sebelum mendapatkan perkhidmatan kecemasan. Selain itu, ada juga kisah mengenai Apple Watch menyelamatkan nyawa seorang lelaki di Long Island setelah dia mengalami insiden pengsan secara tiba-tiba di tandas hospital.

Ciri pengesanan terjatuh ini terbina di dalam Apple Watch Siri 4 ke atas. Ia dimatikan secara lalai jika anda berumur bawah 65 tahun, tetapi sesiapa sahaja boleh hidupkannya daripada aplikasi Watch pada iPhone. Fungsi ciri ini ialah mengesan kejatuhan secara tiba-tiba dan ia secara automatik akan memanggil perkhidmatan kecemasan jika pemakai tidak membatalkan amaran dalam masa satu minit selepas jatuh. Jika maklumat hubungan kecemasan diisi, kenalan itu akan dimaklumkan dengan mesej teks dan peta lokasi Apple Watch itu ketika ia terjatuh.

[Sumber: 9TO5Mac, abcactionnews]

Bacaan berkaitan

  • Bekas jururawat percaya Apple Watch penyelamat nyawa
  • Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini
  • Fungsi ECG Di Apple Watch boleh mula digunakan di Malaysia sekarang
Tags: apple watchapple watch series 4
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Alami terjatuh yang teruk, Apple Watch bantu wanita ini dapatkan bantuan kecemasan

Alami terjatuh yang teruk, Apple Watch bantu wanita ini dapatkan bantuan kecemasan

18 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN