• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple iPhone

TIPS iPhone: Cara ringkas & pantas rakam skrin

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:24 am
  • 20/03/2022
  • Komen
TIPS iPhone: Cara ringkas & pantas rakam skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan ciri rakaman skrin pada telefon, anda boleh rakam dan simpan pelbagai perkara yang dipaparkan pada skrin dan lihatnya semula dengan mudah melalui galeri. Contohnya, rakam klip video yang menarik dari Youtube atau rakam adegan menarik dalam permainan online yang anda sertai. Di iPhone, ada cara ringkas dan pantas untuk anda lakukan rakaman skrin. Anda juga ada pilihan untuk rakamnya beserta atau tanpa suara anda. Semua iPhone dengan sistem operasi iOS 11 ke atas mempunyai fungsi rakaman skrin terbina di dalam.

Tapi, sebelum pelajari cara merakam skrin pada iPhone, anda perlu semak sama ada butang rekod skrin berada di Control Center atau tidak. Kerana apabila ciri ini tersedia di ControlCentre, ia akan memudahkan dan mempercepatkan anda untuk lakukan rakaman. Berikut merupakan cara untuk melihatnya:



  1. Buka menu Control Center iPhone anda. Untuk model iPhone X dan lebih baru, anda perlu pergi ke sudut kanan atas skrin, kemudian tariknya ke bawah (swipe down). Untuk iPhone 8 dan model lebih awal darinya, anda perlu swipe up pada bawah skrin.
  2. Periksa sama ada butang rekod skrin tersedia atau tidak di situ. Ia berbentuk titik bulat yang besar dan dikelilingi gelung bulat.
  3. Jika tiada, anda perlu tambahnya.

Ini merupakan cara untuk anda letakkan ciri rakam skrin pada Control Center:

  1. Tekan Settings, pilih Control Center.
  2. Scroll ke bawah di menu More Controls dan cari Screen Recording.
  3. Tekan simbol “+” hijau di sebelah kiri teks Screen Recording.
  4. Apabila Screen Recording sudah berada di bawah pilihan Included Controls, bererti ia sudah tersedia di dalam Control Center anda.

Cara rakam skrin pada iPhone

Selepas tambah butang rekod skrin pada bahagian Control Center, anda kini sudah boleh gunakan ciri ini dengan cepat. Berikut merupakan langkahnya:



  1. Buka menu Control Center iPhone
  2. Tekan butang rakam
  3. Kiraan tiga saat akan muncul pada butang rakam itu.
  4. Kemudian jam pada bahagian atas kiri akan bertukar berlatar belakangkan warna merah. Itu bermaksud skrin anda dan audionya sedang dirakam.
  5. Apabila anda mahu berhentikan rakaman, klik pada jam. Anda boleh juga klik butang rakam di Control Center untuk berhentikan rakaman.

Cara rakam skrin bersama suara anda pada iPhone

Fungsi rakaman skrin iPhone juga membolehkan anda merakam suara anda dan skrin dalam satu masa yang sama. Berikut merupakan caranya:

  1. Tekan dan tahan butang Record.
  2. Dalam skrin pop yang timbul, klik pada ikon mikrofon di bahagian bawah untuk hidupkan mikrofon.
  3. Kemudian klik Start Recording.
  4. Jika anda tidak mahu suara anda dirakam, anda boleh matikan mikrofon dengan tekan kembali pada simbol mikrofon tadi.

Semua rakaman yang telah anda ambil itu akan di simpan di dalam aplikasi Photos. Sama seperti video lain, anda boleh juga lakukan suntingan pada rakaman skrin itu. Anda boleh tambah filter serta trim bahagian awal atau akhir video. Dengan mengetahui cara ringkas ini, bolehlah anda rakam pelbagai perkara yang dipaparkan pada skrin iPhone anda.

[Sumber: Reader’s Digest]

Bacaan berkaitan

  • Kebaikan Low Power Mode di iPhone & kesan sampingan menggunakannya
  • TIPS iPhone: Cara guna ciri drag & drop untuk gambar, fail, teks dan pautan
  • TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan
Tags: iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS iPhone: Cara ringkas & pantas rakam skrin

TIPS iPhone: Cara ringkas & pantas rakam skrin

20 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN