• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple iPhone

Kebaikan Low Power Mode di iPhone & kesan sampingan menggunakannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:35 pm
  • 13/03/2022
  • Komen
Kebaikan Low Power Mode di iPhone & kesan sampingan menggunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Anda aktifkan Low Power Mode (mod kuasa rendah) tak apabila bateri iPhone berbaki 20% sahaja? Mod ini akan dicadangkan untuk diguna apabila bateri telefon hampir habis. Ia juga boleh diaktifkan secara manual pada bila-bila masa. Dengannya, iPhone anda akan bertahan lebih lama sebelum anda perlu mengecasnya semula. Tapi, apa faedah Low Power Mode sebenarnya dan bolehkah ia digunakan sepanjang masa?

Kebaikan Low Power Mode

Selain dari mengurangkan jumlah kuasa yang diguna oleh iPhone dan memanjangkan hayat bateri, ada kebaikan lain lagi yang boleh didapatkan apabila Low Power Mode ini aktif. Meletakkan telefon dalam mod ini boleh mengurangkan penggunaan data. Ada aplikasi menggunakan data untuk mengemas kini kandungan, walaupun anda tidak menggunakannya. Jadi, apabila aktifkan Low Power Mode, anda boleh halang aplikasi tersebut daripada refresh di latar belakang. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan data dan bil telefon anda.



Namun, semasa gunakan ciri ini, anda akan terlepas beberapa fungsi yang dimatikan semasa dalam Low Power Mode. Berikut merupakan fungsi tersebut:

  1. Pengambilan emel
  2. Refresh aplikasi di latar belakang
  3. Muat turun automatik
  4. Auto-Lock (default kepada 30 saat)
  5. iCloud Photos (dihentikan buat sementara waktu)
  6. 5G, kecuali untuk penstriman video

Guna Low Power Mode sepanjang masa

Anda boleh kekalkan iPhone dalam Low Power Mode sepanjang masa, tapi pakar tidak mengesyorkannya. Hal ini kerana, tidak sesuai untuk mematikan ciri tertentu, seperti iCloud Photos sepanjang masa. Jika matikannya, gambar dan video anda tak boleh disimpan dalam storan awan. Sekiranya anda kehilangan iPhone, maka gambar dan video juga akan turut hilang.



Namun, mengaktifkan Low Power Mode secara manual boleh bantu bateri iPhone anda bertahan sepanjang hari. Anda mungkin perlu aktifkan ciri ini jika anda keluar bekerja seharian dan terlupa membawa pengecas bersama.

Cara hidupkan Low Power Mode

Untuk menghidupkan Low Power Mode, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Pergi ke Settings
  2. Pilih Battery kemudian tekan Low Power Mode
  3. Hidupkan ia

Ikon bateri di atas kanan skrin akan bertukar menjadi warna kuning apabila ciri ini diaktifkan.

Jika anda mahu matikannya, anda boleh ikut langkah yang sama dan matikan pilihan Low Power Mode. Sebagai alternatif lain untuk menjimatkan bateri, anda boleh lakukan 9 tips yang disediakan di sini.

[Sumber: Reader’s Digest]

Tags: iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kebaikan Low Power Mode di iPhone & kesan sampingan menggunakannya

Kebaikan Low Power Mode di iPhone & kesan sampingan menggunakannya

13 March 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN