• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara perbaharui pasport secara dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:01 pm
  • 05/04/2022
  • Komen
Cara perbaharui pasport secara dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Sempadan negara sudah pun dibuka pada 1 April yang lalu, anda ada tak merancang nak keluar Negara? Jika ya, pastikan pasport anda masih boleh digunakan. Jika ia hampir tamat tempoh, maka anda perlu perbaharuinya.

Kini, urusan untuk perbaharui pasport menjadi lebih senang kerana, Jabatan Imigresen Malaysia ada sediakan kemudahan kepada warganegara Malaysia untuk membuat permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian. Pembayaran juga boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). Maka, tak perlu lagi ke kaunter imigresen untuk lakukan urusan ini.



Perbaharui pasport di portal imigresen

Bagi perbaharui pasport secara dalam talian, anda perlu layari laman web e-Service imigresen. Kemudian, baca syarat yang dinyatakan dan klik setuju. Seterusnya, pilih sama ada pemohon berusia 18 tahun ke atas atau ke bawah dan isi maklumat carian yang dikehendaki.

Langkah seterusnya ialah, muatnaik gambar mengikut kriteria yang telah ditetapkan, iaitu latar belakang berwarna putih dan pakaian berwarna gelap serta tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna atau aksesori di atas kepala. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.



Akhir sekali, lakukan bayaran. Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  1. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun – RM 200
  2. Warga Emas (60 tahun keatas) – RM100

Untuk urusan ini, pemohon mestilah berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip). Bagi pemohon di bawah 18 tahun, hanya penjaga yang sah, yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian. Penjaga juga perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport. Jika tidak, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dilakukan. Anda perlu hadir dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Sijil kelahiran juga perlu di bawa bersama bagi pemohon di bawah 18 tahun.

Anda perlu hadir sendiri, tiada wakil dibenarkan. Buku pasport lama anda juga perlulah berada dalam keadaan baik. Anda perlu tahu bahawa pasport yang hilang atau rosak tidak dibenarkan mohon secara dalam talian. Dengan kemudahan ini, jimatlah masa untuk individu perbaharui pasport. Tak perlu lagi beratur menunggu giliran.

Tags: imigresenjabatan imigresen malaysiaPasportPasport Malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Cara perbaharui pasport secara dalam talian

Cara perbaharui pasport secara dalam talian

5 April 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER