• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoCar tawarkan kereta sewa percuma sempena Hari Raya, ini cara dapatkannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:57 pm
  • 07/04/2022
  • Komen
GoCar tawarkan kereta sewa percuma sempena Hari Raya, ini cara dapatkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada merancang tak, nak menyewa kereta untuk berjalan-jalan ketika cuti nanti? Jika ya, anda perlu ambil peluang untuk menikmati promosi yang disediakan GoCar ini.

Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, GoCar menawarkan kepada pelanggan satu hari penggunaan percuma untuk perkhidmatan kereta sewa GoCar pergi-balik. Tapi tempoh tempahan untuk menggunakan kereta sewa, adalah minimum dua hari dan ke atas. Untuk tebus promosi yang disediakan, anda hanya perlu masukkan kod promosi “GETRAYAREADY” ketika daftar keluar.



Jika anda antara 50 orang terawal yang mengambil peluang ini, anda juga bakal menerima payung eksklusif GoCar secara percuma. Tapi, setiap akaun boleh menebus tawaran ini sekali sahaja.

Tempoh tempahan untuk promosi ini adalah antara 1 April sehingga 10 Mei 2022. Tempoh perjalanan pula adalah dari 1 April sehingga 30 Jun 2022. Promosi ini terpakai kepada sesiapa sahaja di Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah, termasuk pemegang lesen P dan warga asing yang mempunyai lesen memandu antarabangsa. Selain itu, GoCar juga akan mengetepikan yuran keahlian RM20 untuk pelanggan baharu dalam tempoh promosi ini.



Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini ketika musim raya, GoCar menasihatkan agar pengguna membuat tempahan kereta seawal mungkin. Hal ini bagi memastikan ada kereta tersedia pada tarikh pilihan anda. Jika berminat, anda boleh memuat turun aplikasi GoCar di Google PlayStore dan Apple Store untuk lakukan tempahan. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

[Sumber: GoCar]

Tags: Gocar
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
GoCar tawarkan kereta sewa percuma sempena Hari Raya, ini cara dapatkannya

GoCar tawarkan kereta sewa percuma sempena Hari Raya, ini cara dapatkannya

7 April 2022
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN