• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PerantiSiswa: Tablet hanya pinjaman dan perlu dipulangkan, permohonan dibuka 15 April

  • OLEH Najib
  • 2:59 pm
  • 11/04/2022
  • Komen
[REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKomm), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa program PerantiSiswa akan membuka permohonannya mulai hari Jumaat ini, 15 April 2022. Di dalam program ini, pelajar di dalam keluarga B40 yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), boleh mmeohon untuk mendapatkan tablet bagi pembelajaran dalam talian.

Bagaimanapun, ianya disahkan juga sekarang bahawa tablet PerantiSiswa ditawarkan secara pinjaman dan pelajar harus memulangkannya selepas tamat pengajian.



Menurut MenKomm lagi, seramai 400,000 pelajar B40 akan mendapat manfaat daripada program ini. Bagaimanapun, jumlah ini berkurangan sebanyak 33% daripada angka awal yang diumumkan Menteri Kewangan tahun lepas. Di dalam Bajet 2022, kerajaan telah menyediakan RM450 juta untuk program PerantiSiswa. Annuar menjelaskan lagi, program ini dibuat berdasarkan konsep penggunaan percuma sepanjang pengajian, tetapi tidak boleh dipindah milik kerana tablet ini didaftarkan sebagai hak milik kerajaan.

Tambah Annuar, pelajar boleh memohon tablet ini tidak lama lagi dan ia akan dihantar ke tempat pengajian pelajar. Penghantaran ke rumah juga boleh dibuat jika pelajar tidak berada di dalam kampus. Pelajar di dalam program pengajian jarak jauh juga boleh memohon tetapi perlu mendaftar dahulu dengan universiti dan mendapatkan nombor matrik pelajar.



Walaupun permohonan akan dibuka pada 15 April 2022, penghantaran tablet dijangka bermula pada minggu kedua Jun 2022. Pada fasa pertama, sebanyak 60% penerima akan mendapat dahulu tablet ini, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar yang melengkapkan maklumat peribadi di dalam permohonan. fasa seterusnya dijangka bermula selepas 60 hari dan meliputi permohonan rayuan. Maklumat lanjut tentang permohonan ini akan didedahkan pada hujung minggu ini.

Tablet buatan jenama terkemuka

MenKomm juga ada berkongsikan maklumat tentang tablet yang akan diberikan. Tanpa menyebut spesifikasi tablet tersebut, Annuar mengatakan bahawa tablet yang diberikan adalah berkualiti dari jenama yang diyakini pengguna. Ia juga datang dengan jaminan dan boleh diganti baharu jika rosak.

Dalam ciapan sebelum ini, Annuar ada menyebut bahawa tablet PerantiSiswa mesti memiliki sekurang-kurangnya skrin 10.1-inci dan RAM 4GB, di samping papan kekunci dan stailus. Selepas berkongsi sedikit gambaran tablet minggu lepas, orang ramai mula mempersoalkan tentang tablet ini dan meminta MenKomm berkongsi tentang spesifikasinya.

Seperti yang saya maklumkan foto di tweet saya hanyalah sekadar hiasan. Proses perolehan secara tender terbuka untuk Program Peranti Siswa masih berjalan. KKMM komited untuk menyediakan peranti yang berkualiti dan daripada jenama yang diyakini pengguna. https://t.co/Md2JYjYxZc

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 5, 2022

Annuar membalas persoalan ini dengan menjawab bahawa gambar itu hanya cadangan sahaja. Dia menambah, terdapat lebih dari 100 syarikat terlibat dalam pembindaan pembekalan peranti program PerantiSiswa dan tender dibuat secara terbuka agar mendapat tawaran yang terbaik.

Jika kerajaan berhasrat untuk meminjamkan sahaja tablet PerantiSiswa, ia mestilah boleh digunakan sekurang-kurangnya selama tiga tahun. Apple iPad adalah contoh terbaik untuk peranti yang boleh digunakan sangat lama. Contohny aiPad Air 2 yang berusia 5 tahun dan iPad gen-5 yang dilancar tahun 2017, masing-masing masih menerima kemaskini OS terbaru iPadOS 15. Sementara untuk Android, sangat sukar menemui tablet yang ada kemaskini melebihi 2 tahun.

Perlu diingatkan juga bahawa pada awalnya, program PerantiSiswa dirancang untuk ditawarkan bersama telco seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications. Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022 menyatakan, telco juga akan menyumbang sebanyak RM65 juta dalam inisiatif ini. Tetapi ia telah ditukar konsep kepada pinjaman dan pelajar B40 tidak akan memiliki tablet ini. Adakah pelajar akan dikenakan denda jika memulangkan tablet yang rosak?

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Annuar Musa kongsi gambar tablet PerantiSiswa, katanya sesi permohonan dibuka seawal 15 April 2022
  • PerantiSiswa: Pemanfaat turun daripada 600,000 kepada 400,000, apa maknanya?
Tags: Annuar Musaperantisiswa
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
[REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti

PerantiSiswa: Tablet hanya pinjaman dan perlu dipulangkan, permohonan dibuka 15 April

11 April 2022
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER