Dalam pasaran China, Vivo secara rasminya menyertai arena telefon boleh lipat melalui Vivo X Fold. Ia juga telefon boleh lipat kedua yang diperkasa Snapdragon 8 Gen 1 selepas Honor Magic V. Sebelum pergi lebih mendalam, kita pergi kepada maklumat penjualannya di China.
Pengguna di China boleh dapatkan Vivo X Fold dalam dua varian, satu yang ada storan 256GB dan satu lagi 512GB. Harganya masing-masing adalah RMB 8,999 (RM 5,960) dan RMB 9,999 (RM 6,620).
Spesifikasi Vivo X Fold
Bermula di bahagian luar, dalam keadaan terkatup, Vivo X Fold ada paparan 6.53” AMOLED dan apabila dibuka, paparan bahagian dalamnya adalah sebesar 8.03” pada resolusi 1800 x 2200. Bahagian dalam juga menggunakan panel AMOLED dan dilapisi kaca SCHOTT Ultra Thin Glass (UTG).
Bahagian engsel telefon ini lebih mirip kepada Oppo Find N. Saya katakan sedemikian adalah adalah kerana, Vivo X Fold boleh dikatup rapat tanpa sebarang kerengangan dicelah lipatan dan sudut lipatan boleh pergi antara 60 hingga 120 darjah.
Untuk mengambil gambar, anda ada beberapa pilihan. Kamera utamanya adalah kamera 50MP F1.8 dengan kamera telefoto 47mm 12MP. Kemudian anda juga ada kamera telefoto 5x optikal dan akhir sekali kamera ultralebar 48MP. Kamera bahagian dalam adalah kamera selfie 16MP, dan kamera yang sama turut ada di bahagian paparan luar telefon.
Makanya, telefon ini ada 6 kamera kesemuanya.
Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W. Ia dicas penuh daripada 0 hingga penuh dalam masa 37 minit sahaja. Kalau nak isi bateri secara wayarles, ia menyokong pengecas sehingga 50W dan ia ada juga sistem pengecasan keluar 10W untuk anda cas gajet-gajet lain.
Bacaan berkaitan
Vivo Y33T: model lebih baik berbanding Y21T di bawah RM1,000 – SoyaCincau.com
Vivo Y21T: Maklumat Penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com