• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara mudah jimat berbelanja di bazar Ramadan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:30 am
  • 16/04/2022
  • Komen
TIPS: Cara mudah jimat berbelanja di bazar Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, bila anda ke bazar Ramadan, berapa banyak wang yang anda belanjakan? Pernah tak anda alami situasi boros ketika berbelanja di situ? Contohnya beli banyak juadah untuk berbuka puasa, tetapi akhirnya banyak yang tidak habis. Jika pernah, pasti menyesal kan?

Antara punca perkara ini berlaku adalah sebab individu terlalu teruja melihat makanan yang banyak di bazar ketika sedang kelaparan berpuasa, ia seterusnya membuatkan seseorang itu rambang mata dan akhirnya mahu membeli semua makanan yang nampak sedap! Bagi mengelakkan masalah tersebut berulang lagi, anda boleh ikut 5 tips ini untuk kawal perbelajaan di bazar Ramadan.



1. Senaraikan perbelanjaan

Sebelum pergi ke bazar, senaraikan dahulu juadah apa yang anda nak beli. Kebiasaannya, senarai memang ada dalam kepala, tapi bila sampai bazar senarai jadi bertambah-tambah pula! Pastikan anda tahu apa yang anda nak beli dan jumlah juadah yang anda nak beli itu. Kemudian, anda perlu patuh pada senarai itu dan jangan tambah yang lain, barulah boleh jimat. Jika ada teringin dengan menu yang lain, anda boleh senaraikan untuk belinya esok pula.

2. Bawa duit ikut keperluan

Apabila sudah ada senarai, pastikan anda bawa duit ikut keperluan. Jadi, tiadalah masalah terlebih berbelanja. Contoh, anda nak berbuka nasi kerabu, kuih dengan satu air bungkus. Mungkin harganya sekitar RM15, maka anda boleh bawa duit mengikut jumlah yang dianggarkan.



3. Jangan pergi dengan kawan

Adakalanya pengaruh rakan-rakan juga boleh menjadi sebab kita terlebih berbelanja. Contoh, kita dah selesai beli makanan mengikut senarai. Tapi tiba-tiba, nampak kawan beli makanan yang lagi sedap! Secara tidak langsung, hal ini akan timbulkan rasa teringin untuk rasa juada itu dan membuatkan kita mahu berbelanja lebih. Jadi, lebih baik pergi seorang diri sahaja.

4. Jangan lama-lama

Kebiasaannya, berapa lama anda luangkan masa di bazar Ramadan? Sebaiknya, apabila selesai sahaja membeli makanan yang ada di dalam senarai, anda perlu terus balik. Jangan pusing lama-lama, kerana bimbang jika ada pula juadah lain yang menarik perhatian anda.

5. Catat perbelanjaan

Akhir sekali, catat perbelanjaan yang sudah dikeluarkan untuk beli juadah berbuka di bazar Ramadan. Jika perbelanjaan anda mengikut bajet, maka anda bolehlah bergembira! Tapi sekiranya perbelanjaan anda sudah banyak yang terlebih, mungkin anda perlu kurangkan pula perbelanjaan untuk masa akan datang, supaya masih boleh berjimat.

Pastikan anda jadi pembeli yang bijak dan elakkan pembaziran. Amalkan sikap sederhana ketika berbelanja, barulah boleh jimat. Selain mengutamakan tentang penjimatan perbelanjaan, anda jangan lupa pula mengenai kebersihan diri dan kawalan kendiri. Pastikan anda memakai pelitup muka dengan betul sewaktu berbelanja, jaga jarak dengan individu lain dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman supaya dapat lindungi diri sendiri dari dijangkiti wabak COVID-19.

[Sumber: MKN]

Tags: ramadantips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
TIPS: Cara mudah jimat berbelanja di bazar Ramadan

TIPS: Cara mudah jimat berbelanja di bazar Ramadan

16 April 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN