• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:53 am
  • 21/03/2023
  • Komen
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat skuter elektrik di Malaysia, anda ada satu lagi model untuk dipertimbang. Jenama daripada China, Blueshark, telah mengumumkan Blueshark R1. Sebenarnya motorsikal ini telahpun dipamerkan buat beberapa kali kepada umum tapi baru sekarang mereka boleh jualnya secara sah. Lebih menarik, Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang terima model ini.

Untuk makluman anda, Blueshark R1 telah melepasi semua keperluan perundangan jalan raya Malaysia, tiada cukai jalan dikenakan, dan hanya perlukan lesen B2 untuk ditunggang.



Skuter ini dilihat berada dalam ketegori skuter elektrik ringan, bukanlah seperti BMW CE04 yang kami laporkan tempoh hari. Daripada segi rekaan, rupa dia lebih kurang sama macam skuter tradisional petrol yang lain.

Blueshark R1 diperkasa motor berkuasa 5kW yang memacu roda belakang. Kelajuan maksimum skuter ini adalah 80km/j dalam pelbagai mode. Daya kilas yang boleh dirembes adalah setinggi 201Nm. Untuk perbandingan, Y16ZR ada daya kilas 14.4Nm. Jadi, untuk lumba drag pendek, Blueshark R1 memang menang teruk, jangan pula lumba topspeed.



Perkara yang menarik tentang skuter ini adalah baterinya boleh ditanggalkan. Ia ada dua slot bateri, setiap satunya mengandungi 1.44kWh. Dengan satu bateri penuh, ia boleh pergi sejauh 160km dalam keadaan, penunggangnya 70kg dan kelajuan 25km/h pada suhu persekitaran 25° C. Asasnya, jarak kembaran adalah bergantung kepada gaya tunggangan anda.

Bila nak cas, ia mengambil masa 2.5 jam untuk isi 0 sehingga 80% dan mengisi penuh boleh dilakukan dalam masa 3.5 jam. Ada dua kaedah pengecasan yang boleh digunakan, satu dengan cara mengeluarkan bateri dan cas di pengecas ataupun cas secara langsung menggunakan kabel yang disediakan.

Blueshark Malaysia sedang memperluas rangkaian stesen bateri mereka di stesen-stesen minyak di sekitar Lembah Klang. Sekiranya anda salah seorang pengguna Blueshark R1, anda boleh berhenti di mana-mana stesen ini untuk tukarkan bateri yang hampir habis dengan bateri yang lebih segar dengan sedikit bayaran.

Untuk berhentikan skuter, brek jenis cakera satu di belakang dan satu di depan diguna. Ia ada teknologi Combine Brake System untuk keselamatan. Malangnya tiada ABS untuk motor ini.

Antara ciri canggih yang tentu ramai akan suka adalah skrin HD berwarna sebesar 10” yang paparkan macam-macam maklumat penting. Cumanya, tiada fungsi navigasi berarah. Di bahagian depan dan belakang ada kamera yang boleh berfungsi sebagai dashcam. Lebih menarik, ia boleh mengundur untuk bantu anda keluar daripada tempat parkir.

Semua maklumat-maklumat yang anda boleh dapatkan melalui telefon, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar Blueshark.

Harga Blueshark R1 di Malaysia

Ada beberapa cara penawaran Blueshark R1 di Malaysia. Untuk pengguna persendirian, mereka boleh dapatkan Blueshark R1 pada harga serendah RM7,190. Ia adalah versi Lite yang tiada skrin IPS LCD dan kamera dashcam. Untuk varian ber-specs penuh, harganya adalah RM9,390. Perlu diingatkan yang ia tidak didatangkan dengan bateri. Anda perlu pajak baterinya pada harga RM79/bulan.

Servis BlueSwap Battery pula boleh dilanggan pada harga seperti berikut:

  • RM59 untuk 36 pertukaran sebulan
  • RM99 untuk 70 pertukaran sebulan
  • RM139 untuk 120 pertukaran sebulan
  • RM1.95/pertukaran sekiranya tiada langganan

Blueshark R1 dilindungi jaminan selama 1 tahun manakala bahagian motor dilindungi jaminan selama 2 tahun.

Ada juga tawaran sewaan untuk korporat pada harga serendah RM487/bulan. Ia didatangkan dengan 2 bateri. Tak perlu langgan BlueSwap.

Tags: bluesharkblueshark r1EVskuterskuter elektrik
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER