Xpeng, salah satu jenama di bawah Bermaz, telah membawa masuk Xpeng G6, sebuah SUV elektrik untuk pasaran kita. Model ini bakal bersaing dengan model-model SUV Elektrik bawah RM200,000 seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, MG ZS EV, Ora Good Cat, dan Tesla Model Y.
Harga Xpeng G6 di Malaysia
Harga jualan Xpeng G6 di Malaysia adalah seperti berikut:
- XPeng G6 580 Pro: RM165,820
- XPeng G6 755 Pro: RM185,820
Xpeng G6 dilindungi jaminan 5 tahun/120,000km ataupun 8 tahun/160,000km untuk kelengkapan bateri berkuasa tingginya. Malangnya tiada sebarang promo pembelian awal diberikan seperti kebayakkan EV baharu yang masuki Malaysia.
Spesifikasi Xpeng G6 di Malaysia
Sebanyak duak varian Xpeng G6 masuki Malaysia iaitu G6 580 Pro dan satu lagi G6 755 Pro. Kedua-duanya adalah SUV elektrik pacuan roda depan. G6 580 Pro dengan harga lebih rendah diberikan motor elektrik 190kW (255hp) dengan tork setinggi 440Nm. Daripada pegun kepada 100km/j, kereta ini mengambil masa 6.6s dengan kelajuan maksimum boleh mencecah 200km/j.
Pada segi jarak kembara, G6 580 Pro dilengkapi bateri LFP berkapasiti 66kWh. Ia boleh bawahnya sejauh 435km mengikut piawaian WLTP. Apabila perlu dicas, ia boleh menerima arus DC pada paras 215kW dan AC pada paras 11kW.
Model yang lebih premium ialah G6 755 Pro yang ada motor lebih berkuasa. Motor tersebut memiliki output 210kW (282hp) dengan tork setingga 440Nm. Ia boleh memecut ke 100km/j lebih pantas pada 6.2s dan disebabkan kapasiti baterinya lebih besar pada 87.5kWh, jarak kembaranya adalah 570km (WLTP). Lagi kelebihan G6 755 Pro berbanding model lebih bawah adalah sistem pengecasannya adalah 280kW (DC) dan 11kW (AC).
Xpeng G6 adalah sebuah EV yang menarik di Malaysia. Hal ini kerana, ia adalah EV termurah yang ada seni bina bateri 800V dan mampu terima arus pengecasan DC melebihi 200kW. Pesaing yang terhampirnya adalah Tesla Model 3 RWD yang berharga RM189,000 tapi bukan berada dalam kategori 800V.
Bacaa