5 Langkah Kekal Selamat Di Android

Keselamatan adalah satu aspek yang dititikberatkan dalam dunia teknologi. Android yang merupakan sistem operasi mudah alih paling ramai digunakan di dunia tidak terkecuali kerana dengan pengguna yang ramai sudah tentu ia menjadi sasaran penggodam.

iOS secara relatifnya lebih selamat kerana penghasilan produk Apple seperti iPhone dan iPad telah dikawal selia perisian dan perkakasannya dengan rapi daripada hujung ke hujung. Jika dibandingkan dengan Android, Google hanyalah membangunkan sistem operasi manakala telefon dibangunkan oleh pihak yang lain.

Walau bagaimanapun, jurutera di Google sentiasa menambah baik tahap keselamatan Android daripada generasi ke generasi.

Penyelidik keselamatan peranti mudah alih berpendapat Android Oreo membawakan satu revolusi baru dalam aspek keselamatan platform Android. Salah satunya adalah melalui pengenalan Projek Treble.

Tapi jika anda menggunakan versi Android yang lebih lama, apa yang anda boleh buat untuk kekal selamat di alam maya? Ini adalah tips yang dikongsikan sendiri oleh Pengarah Keselamatan Android, En. Adrian Ludwig.


1. Guna Lock Screen

Lock screen adalah langkah pertama yang perlu diambil oleh pengguna Android kearah meningkatkan tahap keselamatan. Bukan saja anda perlu melindungi diri daripada penggodam yang berada beribu batu, tapi ada juga individu “gatal tangan” di sekeliling anda yang boleh mengakses maklumat peribadi jika mereka membuka telefon yang tiada lock screen.

Tapi lock screen adalah serampang dua mata. Apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan, orang yang ingin membantu terhalang dek kerana tidak boleh mengkases orang yang boleh dihubungi melalui telefon anda. Maka, anda boleh meletakkan maklumat seperti nombor telefon waris ataupun e-mel waris untuk perhubungan semasa kecemasan.

Turuti langkah berikut untuk meletakkan mesej pada lock screen:

2. Aktifkan Data Backup

Kecanggihan teknologi masa ini membolehkan segala macam maklumat disimpan di awan dan ia sangat berguna untuk keselamatan. Contohnya, jika telefon anda dicuri maklumat penting yang ada dalam telefon itu dengan mudahnya boleh disalin dari awan ke dalam telefon baru.

BACA  Tiga Kunci Perbezaan OnePlus 6T Edisi McLaren Dengan Yang Biasa

Fungsi Data Backups diaktifkan secara default apabila anda memasukkan akaun Google kedalam telefon, tapi untuk kepastian, anda boleh ke Setting>Account>Google kemudian periksa apa yang di-sync-kan oleh Google ke awan.

Untuk apps permesejan seperti WhatsApp, ia menyediakan perkhidmatan menyalin segala perbualan dan media masuk ke Google Drive dan cara ingin mengaktifkan mudah saja, ikuti turutan gambar berikut:

3. Muat turun apps daripada Play Store sahaja

Kelebihan Android berbanding iOS adalah keupayaannya untuk memasang (sideload) apps daripada pihak ketiga tanpa melalui Play Store. Apps yang di-sideload tidak semestinya diperakui selamat oleh Google untuk digunakan pada peranti.

Ia boleh hadir dalam pelbagai fungsi, rupa, dan dihasilkan oleh sesiapa sahaja termasuklah oleh yang berniat jahat. Mereka boleh menyuntik malware masuk ke apps untuk mencuri maklumat peribadi tanpa ada sedari. Mujurlah Google melancarkan Google Play Protect untuk menangani masalah ini.

Google Play Protect halang malware menembusi Play Store

Selain memuat turun daripada sumber yang sahih, anda juga perlu melihat reputasi pembangun apps itu sendiri. Ada pembangun yang hanya ingin menyedut keuntungan daripada lambakan iklan yang diletakkan dalam apps tanpa mengambil kira pengalaman mengguna anda.

Maka, pilihlah apps yang dihasilkan oleh pembangun yang memiliki reputasi tinggi.

 

Maka muat turun apps daripada Plat Store sahaja ataupun daripada pihak yang betul-betul anda percaya.

4. Pastikan fungsi  Google Play Protect and Find My Device berjalan

Kesinambungan daripada point sebelum ini, anda perlu pastikan Gogle Play Protect berjalan pada telefon untuk menikmati perlindungan keselamatan daripada Google. Untuk memeriksa sama ada ia aktif, turuti gambar berikut:

Find My Device pula adalah satu servis daripada Google yang sama seperti Find My iPhone. Ia digunakan untuk menjejaki telefon anda yang hilang. Jika anda adalah tuan punya telefon, ia boleh memintas tetapan telefon untuk buatkannya berdering dengan kuat. Anda turut boleh memadamkan segala data daripada telefon yang dicuri dari jauh untuk mengelakkan kecurian data.

BACA  Menangi Edisi Terhad Honor Play Player Edition RED x AUDI dari kami

Untuk memeriksa sama ada servis ini aktif pada telefon, turuti gambar berikut:

Menggunakan fungsi Find My Phone, anda boleh mencari telefon yang hilang sejurus ia berhubung dengan internet atau GPS.

Contoh antara muka Find My Device versi web

5. Aktifkan untuk fungsi pengesahan dwitahap pada akaun Google

Secara tradisional, anda hanya memerlukan satu kata kunci saja untuk melog masuk ke akaun. Risiko yang anda hadapi adlaah penggodam berjaya memecah masuk ke akaun anda dan mengubah kata laluan asal dan menghalang masuk.

Contoh pengesahan dwitahap

Pengesahan dwitahap (2-Step Verification) adalah satu penyelesaian yang dibangunkan bagi mengelakkan kecurian akaun.  Tetapi, melalui pengesahan dwitahap, pihak Google mengambil satu langkah tambahan untuk memastikan yang memang anda yang sedang melog masuk.

Salah satu caranya adalah menghantar kata kunci rambang kepada telefon untuk anda kepilkan bersama maklumat log masuk pertama tadi. Itulah yang dipanggil pengesahan dwitahap.

Pengesahan dwitahap tidak diaktifkan secara default, turuti langkah berikut untuk mengaktifkannya:


Itu sajalah 5 tips yang dikongsikan pengarah keselamatan Android di Google. Turunkan pendapat anda dibawah tentang bagaimana untuk meningkatkan tahap keselamatan pada telefon anda.