[Reviu] Nova 2i Asimilat Beberapa Helah Mate 10 Masuk Padanya

Kuadkamera Kuadseronok?

Menjadi telefon pertama HUAWEI yang memiliki empat kamera, sudah tentu kameralah yang menjadi faktor pelaris bagi nova 2i. Tapi, implementasi dwikamera pada nova 2i sedikit berbeza berbanding telefon HUAWEI yang lain.

Kamera sekunder pada depan dan belakang telefon ini hanya diberikan sensor 2MP yang hanya bertindak selaku mengukur kedalaman medan fokus. Ia bertujuan untuk memisahkan subjek dengan latar belakang dan seterusnya mensimulasikan kesan bokeh yang dulunya eksklusif pada kamera dedikasi.

Kamera utama belakang dan depan pula masing-masing menggunakan sensor 16MP dan 13MP.

Memanfaatkan kehadiran dua kamera, anda boleh menggunakan fungsi wide apertur dan portrait untuk menghasilkan bokeh yang menawan.

Pujian harus diberikan pada jurutera yang membangunkan antara muka aplikasi kamera HUAWEI. Antara mukanya senang diterokai lebih-lebih lagi dengan penggunaan aksara bersaiz besar dan mudah dibaca.

Kemudian, Mode Manual pada telefon ini lengkap serba serbi. Anda boleh mengawal daripada ISO, Metering, hinggalah ke Shutter Speed. Ia sudah tentu digemari golongan yang mahir selok belok dunia fotografi.

Sungguhpun intuitif, satu cadangan ingin saya utarakan kepada pembangun HUAWEI. Fungsi timer adalah sesuatu tak kurang pentingnya. Anda boleh mencontohi Asus yang menyembunyikan fungsi timer disebalik butang Shutter. Oh ya, fungsi Live Photo seperti iPhone adalah merugikan ruang storan kerana kegunaannya amat minimum.

Pada prestasi dan kualiti gambar, tidak banyak yang boleh dikomen. Ia berfungsi seperti yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa sampel gambar daripada lensa HUAWEI nova 2i.

Fungsi Bokeh

Pro Mode dengan bantuan tripod

Gambar dalam keadaan malap

HDR dengan metering pada kawasan gelap

HDR dengan metering pada langit

Zum Digital

Selfie bokeh

Contents