[Reviu] Nova 2i Asimilat Beberapa Helah Mate 10 Masuk Padanya

Prestasi & Kesimpulan

nova 2i beroleh tenaga daripada sekeping bateri berkapasiti 3,340mAh. Ia tidak memiliki fungsi pengecasan pantas dan mengecasnya mengambil sekitar 4 jam daripada hampir kosong ke penuh. 4 jam untuk bateri sebesar itu adalah agak perlahan pada pendapat saya.

Daripada segi penggunaan tenaga pula, saya meletakkan telefon ini dalam kategori sedang, tidak wau dan tidak pula teruk. Saya memulakan hari dengan bateri penuh dan keluar berjalan seharian. Telefon digunakan untuk navigasi Google Maps, mendengar muzik di Spotify, dan juga melayari apps bersosial.

Untuk pola penggunaan tersebut, saya beroleh  lebih 12 jam penggunaan dan mula mengecas telefon itu pada jam ke-15.

Walau bagaimanapun, SOT pada telefon ini dicatatkan kurang daripada 3 jam. Bagi saya, sebuah telefon yang baik pengunaan baterinya perlu memiliki SOT sekurang-kurangnya 3 jam dengan penggunaan orang muda seperti saya.

Daripada segi penalaman mengguna pula, ia adalah sebuah telefon yang baik. Tiada masalah lagging mahupun force close dihadapi.

Geekbench 4

Antutu Benchmark

Selalunya untuk peranti kelas pertengahan kebanyakkan pengeluar lebih gemar menggunakan cip Mediatek untuk menjimatkan kos, tapi pada telefon ini HUAWEI menggunakan cip Kirin 658 bersama RAM 4GB. Jika anda berminat untuk mengetahui hasil penanda aras sintetik untuk telefon ini, rujuk gambar di bawah:

Penanda aras bukanlah sesuatu yang mutlak untuk menganalisis telefon tetapi ia membantu untuk memberikan gambaran tentang apakah prestasi yang bakal anda terima apabila menggunakannya.

Kesimpulan

HUAWEI nova 2i adalah sebuah peranti yang menarik. Ia menunjukkan yang HUAWEI berusaha untuk menyuntik “serum unik” dalam produk kelas pertengahan untuk lebih menonjol dalam pasaran yang penuh dengan pesaing. Empat buah kamera pada badan telefon ini tentunya menjadi tangkal pelaris.

Ditambah pula dengan paparan 18:9 yang memberikan ilusi bingkai nipis padanya, telefon ini memang hanyut dalam arus trend rekaan telefon 2017. Cumanya, ketiadaak pengecasan pantas merencatkan minat saya pada telefon ini.

Bercerita tentang harga jualan pula, HUAWEI nova 2i dijual pada harga RM1,299. Untuk harga sekitar itu, anda boleh mendapatkan:

  • Xiaomi Mi A1 (RM1,099) jika anda ingin merasai pengalaman Android tulen
  • Lenovo P2 (RM1,299) jika anda memerlukan telefon berbateri besar
  • OnePlus 3T (~RM1,500) jika anda inginkan telefon flagship 2016

Tapi ia tidak bermakna nova 2i adalah telefon yang tidak berbaloi untuk dimiliki. Selain konfigurasi kuadkamera, antara muka EMUI yang mesra pengguna pastinya tidak memberi masalah pada pengguna walaupun mereka berhijrah daripada telefon jenama lain.

Contents