• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HotlinkMU sedia tawaran hebat dan berbeza setiap hari

  • OLEH Najib
  • 12:32 pm
  • 01/11/2017
  • Komen
HotlinkMU sedia tawaran hebat dan berbeza setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sudah lama menggunakan pelan prabayar? Pasti anda sudah menghafal pelan-pelan data mahupun panggilan & SMS yang ditawarkan. Tetapi bagaimana pula jika ada pelan yang berlainan setiap hari untuk anda langgan? Mungkin ia lebih menepati keperluan anda waktu itu.

Pengguna prabayar Hotlink kini boleh menikmati pelan unik dan berbeza setiap hari, melalui tawaran HotlinkMU. Ia menyediakan bukan sahaja pelan data, malah penstriman video serta panggilan, yang direka untuk memenuhi kesesuaian pelanggan, dan ditawarkan berbeza setiap hari.



Untuk menikmati tawaran HotlinkMU ini, pelanggan hanya perlu menyemak melalui aplikasi Hotlink RED. Aplikasi Hotlink RED ini boleh dimuat turut di Apple Appstore dan Google Playstore.

Selepas mendaftar masuk Hotlink RED menggunakan nombor telefon, pengguna akan disapa dengan tawaran harian HotlinkMU. Tawaran penuh HotlinkMU boleh disemak di tab Shop. Bayangkan, hanya RM7 untuk 6GB data sehari, ataupun RM5 bagi 250MB data selama 7 hari. Pasti ada satu yang anda perlukan.



Memang menarik perkara baru yang dibawakan Maxis buat prabayar Hotlink ini. Namun, masih terasa agak ketinggalan kerana syarikat telekomunikasi lain hampir semuanya memberikan ganjaran dalam bentuk diskaun atau barangan percuma kepada pengguna.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang HotlinkMU, layari laman web www.hotlink.com.my. Jangan lupa tonton video pengenalan HotlinkMU di bawah ini.

Tags: hotlinkHotlinkMUmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
HotlinkMU sedia tawaran hebat dan berbeza setiap hari

HotlinkMU sedia tawaran hebat dan berbeza setiap hari

1 November 2017
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER