Taman tema Galaxy Note8 ekslusif di Galaxy Studio tiba di Malaysia

Apa cara terbaik nak pandu uji peranti pintar terbaru Samsung selain pergi ke stor rasmi Samsung? Caranya adalah mengunjungi Galaxy Studio.

Samsung Malaysia kini telah membuka Galaxy Studio yang pertama di Malaysia. Di studio ini, pengunjung boleh menguji sendiri pelbagai peranti terbaru Samsung seperti Galaxy Note8, Gear VR bersama alat kawalan dan juga kamera Gear 360.

Galaxy Studio ini terletak di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, di hadapan pusat beli-belah Lot 10. Ia lebih mudah untuk dilawati menggunakan pengangkutan awam. Hanya naiki MRT aliran Sungai Buloh – Kajang, dan turun ke stesen Bukit Bintang. Kemudian pergi ke simpang empat Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail. Pastinya akan bertemu.

Bagaimanapun, Galaxy Studio ini dibuka untuk waktu terhad. Ia akan berada di Kuala Lumpur dari 27 Oktober 2017 sehingga 31 Januari 2018 sahaja. Studio ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Untuk permulaan, pembelian Galaxy Note8 di studio ini akan disertakan bersama Gear VR secara percuma. Lebih banyak lagi tawaran akan diumumkan di masa akan datang. Tapi sebelum itu, apa kata pergi uji dahulu semua peranti baru Samsung di dalam studio ini.

Apabila masuk melalui pintu utama, pengunjung akan terus melihat pelbagai peranti dan perkakas baru Samsung disusun di bahagian kanan. Di sebelah kiri, merupakan kawasan teater 4D. Menggunakan Gear VR dan Galaxy Note8, pengujung boleh merasai pengalaman realiti maya bersama kerusi yang turut bergerak dan bergetar.

Di bahagian tengah, terdapat sebuah skrin yang lebar dalam bentuk meja. Dari meja skrin itu, pengunjung boleh melihat dan diberi penerangan tentang fungsi hebat Galaxy Note8 dengan lebih mendalam.

BACA  Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang

Terus ke dalam dan belok ke kanan, adalah ruang untuk pengunjung menguji fungsi Galaxy Note8 yang dilihat di skrin meja tadi. Antaranya kamera, kalis air dan juga S-Pen.

Jika belok ke kiri, terdapat dua buah basikal menanti. Pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana Galaxy Fitness berfungsi bersama jam pintar Gear Fit.

Akhir sekali, adalah ruang Glob Salji 360. Di sini, ia memberi pengunjung peluang untuk mencuba kamera Gear 360 dalam mod 360-darjah. Bilik berbentuk silinder ini dihiasi dengan salji buatan yang terbang di sekeliling. Video 360-darjah yang dirakam kemudian boleh dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Memang sangat menarik bunyinya, tapi ia adalah lebih menarik jika anda mencubanya sendiri. Jangan terlepas peluang untuk mencuba pelbagai hiburan seperti taman tema yang disediakan di Galaxy Studio ini. Di samping mengenali produk terbaru Samsung seperti Galaxy Note8, Gear VR bersama alat kawalan dan juga kamera Gear 360.

Ingat, ia akan berada di sini sehingga 31 Januari 2018 sahaja. Layari laman web Galaxy Studio Malaysia untuk info lanjut.