• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Sebuah Moto Kalis Air Bakal Tiba Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:46 pm
  • 02/11/2017
  • Komen
Sebuah Moto Kalis Air Bakal Tiba Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Laman Facebook Motorola Malaysia hari ini telah mengeluarkan satu teaser untuk memberitahu akan ada sebuah telefon baru dilancarkan tak lama lagi untuk pasaran kita. Dalam gambar itu ia menunjukkan sebuah kolam renang  berbentuk segi empat tepat. Besar kemungkinan ia adalah Moto X4 yang dilancarkan sekitar Ogos yang lalu di Eropah.

Moto X4 adalah ahli generasi ke-4 untuk siri X yang mula-mula sekali diperkenalkan sekitar 2013 yang lalu. Sebelum kehadiran siri Z, siri X adalah flagship kepada Motorola tetapi kini ia menjadi penghuni tetap segmen pertengahan. Walau apapun, ia tetapi serba boleh.



Yang paling utama adalah ia mungkin telefon yang pertama Motorola memiliki tahap kekalisan debu/air IP68. Telefon yang paling hampir untuk menyaingi kekalisan demikian pun cuma Moto G (2015) hingga Moto G3 yang ada IPX7.

Moto X4 adalah sebuah telefon yang memiliki paparan HD penuh sebesar 5.2 inci daripada jenis IPS yang dilindungi Corning Gorilla Glass.



Pada jabatan pengimejan, dua kamera belakangnya memiliki dua jarak fokal yang berbeza. Kamera utama memberikan sudut pandang biasa mempunyai sensor 12MP dengan apertur F2.0 manakala kamera sekundernya memiliki sudut pandang yang lebih luas memiliki sensor 8MP dengan apertur seluas F2.2.

Untuk berselfie pula, anda diberikan kamera 16MP dengan lensa berapertur F2.0.

Pada papan utama, anda dihidangkan dengan entrée Snapdragon 630 yang ditemani RAM 3GB berserta storan sebesar 32GB.

Untuk mengisi bateri 3,000mAh telefon ini, Moto memberikan teknologi pengecasan pantas TurboPower yang menyuntik masuk 15 watt tenaga pada satu-satu masa.

Di Eropah, Moto X4 sudah mula dijual pada harga EUR 399 (RM 1965). Berapa harganya bila tiba di sini nanti? Teruskan bersama kami.

Tags: harga moto x4 malaysiamoto x4moto x4 malaysiamoto x4 specsMotorolamotorola moto x4pelancaran moto x4 malaysiaspesifikasi moto x4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sebuah Moto Kalis Air Bakal Tiba Di Malaysia

Sebuah Moto Kalis Air Bakal Tiba Di Malaysia

2 November 2017
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER