• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Singapura Gegak Gempita Kerana iPhone X

  • OLEH Najib
  • 11:54 pm
  • 02/11/2017
  • Komen
Singapura Gegak Gempita Kerana iPhone X
Share on FacebookShare on Twitter

Hari pertama jualan iPhone 8 di seluruh dunia terasa sangat hambar. Ketibaannya di Malaysia sebulan yang lepas juga seperti tidak diendahkan orang ramai.

Tetapi petang tadi, stor Apple Singapura gegak gempita jadinya. Semua ini gara-gara iPhone X.



Singapura merupakan salah satu negara yang pertama menjual telefon pintar Apple. Tempahan lebih awal telah dibuka, tetapi ia habis ditempah.

Kemudian ia dikatakan akan dijual di Apple Store Singapura pada hari esok, 3 November. Seperti yang dijangka,  ia menerima sambutan yang luar biasa sejak petang tadi.



ChannelNewsAsia membuat tinjauan di Apple Store Orchard Road di Singapura. Orang ramai telah memenuhi hampir seluruh pelusuk jalan tersebut sejak petang tadi, semata-mata mahu mendapatkan iPhone X.

Ada saksi yang menyatakan, terdapat orang yang mula beratur sejak hari Rabu lagi. Seorang pelajar Universiti pula, menyediakan kelengkapan untuk tidur semalaman seperti roti, air dan powerbank.

“I want to sell it for income … I will even sell my slot if someone offers me”: Student in the scrum for #iPhoneX https://t.co/2vKytqo7MQ pic.twitter.com/seq5XtawaN

— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) November 2, 2017

Phong, seorang warga Vietnam turut sama beratur dengan matlamat, untuk menjual semula iPhone X yang dibelinya pada harga lebih tinggi. Beliau juga sedia menjual tempat beraturnya jika kena harganya.

Mereka yang telah sedia berada di dalam barisan tidak boleh meninggalkan tempat mereka langsung. Selepas mereka menerima tag, mereka dibenarkan keluar selama sejam sahaja, atau mereka perlu beratur semula dari belakang.

Apple iPhone X dijual pada harga SGD1,648 (64GB) dan SGD1,888 (256GB) di Singapura. Ia boleh mula dibeli di Apple Store pada jam 8 pagi, hari Jumaat 3 November 2017.

Singapura memang terkenal dengan kiasu, tidak mahu kalah pada yang lain. Tetapi perlukah membuang masa dan tenaga sebegini?

Untuk anda rakyat Malaysia, adakah anda bersedia menjadi yang pertama memiliki iPhone X sebegini? Atau bayar sahaja harga set import yang berkali ganda mahalnya?

[Sumber: ChannelNewsAsia]

Tags: appleapple iphoneiPhone X
Najib

Najib

POPULAR

Singapura Gegak Gempita Kerana iPhone X

Singapura Gegak Gempita Kerana iPhone X

2 November 2017
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN