• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Mix 2 Dan Redmi Note 5A Prime Set Malaysia Tiba Tak Lama Lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:03 pm
  • 03/11/2017
  • Komen
Mi Mix 2 Dan Redmi Note 5A Prime Set Malaysia Tiba Tak Lama Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena pembukaan rasmi kedai pengedar sah produk Xiaomi di KLCC, XIaomi Malaysia turut mengumumkan kemasukan rasmi telefon Redmi Note 5A Prime dan Mi Mix 2 untuk dimiliki pengguna Malaysia.

Mi Mix 2

Mi MIX adalah siri telefon yang mempelopori segmen telefon nirbingkai. Sungguhpun sudah banyak prototaip dihasilkan pengeluar lain, Xiaomi adalah yang pertama mengkomersialkan telefon nirbingkai sebenar. Mi MIX 2 pula adalah kesinambungan kepada cerita Xiaomi itu.



Mi MIX 2 diperkenalkan kepada khalayak pada 11 September lalu di China. Berbanding MIX yang asal, MIX 2 dilihat lebih munasabah untuk menjadi telefon kegunaan seharian.

Menjadi lebih kompak, MIX 2 tampil dengan paparan 5.99″ beresolusi HD Penuh (2160×1080) dengan nisbah paparan 18:9. Bahagian sisi yang melengkung pada telefon ini menyumbang pada tahap ergonomik yang tinggi padanya.



Sungguhpun semakin kecil, Xiaomi berjaya meluaskan nisbah paparan kepada badan telefon apabila mengurangkan 12% bahagian dagu telefon.

Pada papan utama, anda akan menemui komponen sepeti:

  • Snapdragon 835
  • RAM 6GB
  • Storan 64GB
  • Kamera belakang 12MP
  • Kamera depan 5MP
  • Bateri 3,400mAh

Mi MIX 2 dijual di Malaysia pada harga RM2,199 dan boleh mula ditempah pada 11 November 2017, sebelum diedarkan bermula 16 November 2017. Anda boleh ke  Lazada ataupun Authorized Mi Store untuk membuat tempahan.

Redmi Note 5A Prime

Redmi Note 5A sudahpun dijual di Malaysia pada awal bulan lepas pada harga RM549. Namun begitu, versi Prime kepada Note 5A memiliki spesifikasi yang hampir serupa kecuali CPU yang lebih baru (Snapdragon 435) serta RAM (3GB) dan storan (32GB) yang lebih tinggi.

Selain RAM dan storan, semuanya pada Note 5A ada pada Note 5A Prime. Anda menerima sebuah peranti berskrin 5.5″ dengan paparan HD 720p.

Komponen kamera pula disertai oleh sensor 13MP F2.2 sebagai kamera belakang manakala kamera selfie pula dipertingkat ke sensor 16MP berlensa F2.0 dan bercahaya lembut. Sekeping bateri berkapasiti 3,080mAh digunakan untuk menguasakan telefon ini.

Redmi Note 5A Prime dijual pada harga RM699 dan boleh mula dibeli bermula 11 November 2017 melalui kedai dalam talian Lazada ataupun di Authorized Mi Store.

Tags: harga mi mix 2 malaysiaharga redmi note 5a prime malaysiami mix 2 malaysia setmi note 5a malaysia setredmi note 5a primexiaomixiaomi malaysiaxiaomi malaysia setxiaomi mi mix 2 malaysia setxiaomi redmi note 5a prime
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi Mix 2 Dan Redmi Note 5A Prime Set Malaysia Tiba Tak Lama Lagi

Mi Mix 2 Dan Redmi Note 5A Prime Set Malaysia Tiba Tak Lama Lagi

3 November 2017
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN