• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pembedahan plastik buat laptop Dell Inspiron 15 7000 Gaming

  • OLEH Najib
  • 7:35 pm
  • 03/11/2017
  • Komen
Pembedahan plastik buat laptop Dell Inspiron 15 7000 Gaming
Share on FacebookShare on Twitter

Dell dan Alienware, dua jenama di bawah satu bumbung hari ini melancarkan mesin berkuasa tinggi yang baru, laptop Dell Inspiron 15 7000 Gaming serta desktop Alienware Aurora dengan kuasa Intel Core generasi ke-8.

Pelancaran ini turut diiringi bersama pengenalan aksesori Alienware seperti tetikus dan papan kekunci, serta monitor yang direka khas untuk permainan video.



Inspiron 15 7000 Gaming

Rekabentuk laptop paling berkuasa dari model Inspiron ini, masih sama seperti sebelumnya. Dari pandangan kasar seperti tiada perubahan fizikal di luar.

Tetapi skrin Inspiron 15 7000 Gaming kini menggunakan panel IPS anti-silau, tidak lagi panel TN. Skrin ini ditawarkan dari serendah resolusi HD penuh sehingga Ultra HD 4K. Gril di hadapan dan belakang turut diubah, dari bentuk heksagon kepada garis lurus.



Agak peliknya, laptop ini masih menggunakan cip Intel Core generasi-7, sedangkan generasi-8 sudah lama ada di pasaran. Cip ini disejukkan dengan dua kipas yang senyap, menggunakan paip haba yang lebih besar dari biasa.

Nasib baik ia kini menawarkan pilihan kuasa grafik baru, NVIDIA GeForce GTX 1060 dengan RAM GDDR5, selain GTX 1050 dan GTX 1050Ti.

Satu lagi perkara baru pada laptop ini adalah bateri yang bukan sahaja tahan lebih lama, tetapi boleh dicas pantas. Ia boleh digunakan sehingga 8 jam dan dicas 80% penuh dalam 1 jam.

Laptop Inspiron 15 7000 Gaming kini boleh mula dibeli di laman web Dell Malaysia serta pengedar sah Dell yang lain, dengan harga bermula dari RM3,899 bersama jaminan Premium selama 2 tahun. Lain-lain spesifikasi dan harga adalah seperti berikut:

  • Intel Core i5-7300HQ, 4GB DDR4, 1TB HDD, GTX 1050, 15.6″ FHD – RM3,899
  • Intel Core i7-7700HQ, 8GB DDR4, 128GB SSD + 1TB HDD, GTX 1050Ti, 15.6″ FHD – RM5,399
  • Intel Core i7-7700HQ, 16GB DDR4, 256GB SSD + 1TB HDD, GTX 1060, 15.6″ FHD – RM6,599
  • Intel Core i7-7700HQ, 16GB DDR4, 128GB SSD + 1TB HDD, GTX 1060, 15.6″ UHD 4K – RM6,599
Tags: DellDell InspironDell MalaysiaInspiron 15 7000 Gaming
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER