Prabayar Digi Super Tererrr Beri Data Tanpa Had

Selain XPAX dan Hotlink, Digi turut mengemas kini perkhidmatan prabayar mereka dengan pelan Internet baru iaitu Super Terrerrr. Sebanyak dua pelan diperkenalkan iaitu:

  • Super Tererrr RM38
  • Super Tererrr RM58

Secara ringkasnya pelan ini memberikan sejumlah data Internet bersama panggilan suara.

Pelan RM38 memberikan data sebanyak 5GB berserta data tanpa had daripada 12am hingga 12pm. Anda turut boleh menghubungi nombor Digi secara percuma pada bila-bila masa.

Pelan RM58 pula memberikan data Internet 8GB dengan data tanpa had selama 12 jam dari 12am hingga 12pm. Tapi, panggilan percuma pada pelan ini boleh digunakan ke mana-mana rangkaian.

Walaupun Digi memberikan Internet tanpa had pada waktut tertentu, ia tidak boleh digunakan sebagai hotspot.

Tawaran ini dikatakan sah sehingga 31 Disember 2017. Pelan Internet biGBonus yang diperkenalkan Digi lebih awal sepatutnya berakhir 31 Oktober lalu tapi masih ditawarkan sehingga kini.

Jika anda banyak ber-stream di VOOV, TwitchTV, NJOI Now, MOX, 2BLive, dimsum, Netflix, Hero Talkies, YouTube, YouTube Gaming, YouTube Kids, Astro on the Go, HyppTV Everywhere, Viu, Dailymotion, tonton, dan iflix, prabayar Digi dilihat lebih berbaloi berbanding yang lain kerana dengan hanya RM1 anda boleh ber-stream tanpa had selama 24jam pada kelajuan 512kbps.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.