• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Moto G5S Plus Telefon Bajet Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:07 pm
  • 06/11/2017
  • Komen
Moto G5S Plus Telefon Bajet Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang mencari telefon bajet pada harga kurang daripada RM1000, hari ini adalah hari bertuah anda kerana Moto G5S Plus adalah jawapannya. Sebelum ini ramai yang mengagumi Xiaomi Mi A1 yang mendukung Android asli dalam pakej yang amat murah tetapi ketibaan Moto G5S Plus ini dilihat lebih mesra poket.

Motorola Malaysia sudahpun menggembar-gemburkan perihal ketibaan telefon ini sejak minggu lalu dan ia sudahpun dilancarkan di luar negara pada Ogos yang lalu.



Untuk yang terlepas berita, Moto G5S Plus adalah sebuah telefon sebesar  5.5″. Ia memiliki panel HD penuh (1920×1080). Pada papan utama, anda akan menemui cip Snapdragon 625 yang terbukti cemerlang dalam semua telefon  kelas pertengahan. Kemudian ia diberikan RAM sebesar 4GB beserta storan 64GB yang boleh diperluas melalui slot khas.

Pada jabatan pengimejan, anda menerima dua kamera belakang dengan salah satu kameranya hanya mengambil gambar monokrom dan kamera utamanya memiliki sensor 13MP. Kamera selfie pulasekuasa 8MP dengan apertur seluas F2.0.



Moto G5S Plus sudah mula dijual bermula hari ini pada harga RM999. Anda boleh mendapatkannya melalui kedai dalam talian Lazada. Jika anda membeli sebuah telefon ini dalam tempoh promosi daripada 6 hingga 11November 2017, anda akan menerima hadiah bernilai RM587 yang mengandungi jaminan tambahan serta headfon Motorola Pulse 2.

Tags: lenovomoto g5s malaysia pricemoto g5s plusmoto g5s plus malaysiamoto modsmoto x4Motorolapelancaran moto g5s plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Moto G5S Plus Telefon Bajet Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Moto G5S Plus Telefon Bajet Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

6 November 2017
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN