• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost mahu bebaskan UTM dari cengkaman Tunai

  • OLEH Najib
  • 4:29 pm
  • 07/11/2017
  • Komen
Boost mahu bebaskan UTM dari cengkaman Tunai
Share on FacebookShare on Twitter

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi yang terawal dalam menyahut saranan pembayaran tanpa tunai, apabila mengumumkan kerjasama dengan Boost, sebuah dompet elektronik dalam mewujudkan ‘Kampus Tanpa Tunai’ pertama di Malaysia.

Kerjasama ini dimeterai melalui satu majlis menandatangan rasmi oleh Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boost, Profesor Dr. Azlan Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM dan Dick Hilmi Dato Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zen Trillion Sdn Bhd, rakan dagang perolehan tunggal kepada Boost dan UTM.



Pembayaran Boost akan disediakan bermula dengan kedai makan dan minuman yang terdapat di kedua-dua kampus UTM, iaitu Kuala Lumpur dan Skudai. Johor. Pendaftaran akaun adalah percuma, jadi seluruh 25,000 pelajar UTM boleh terus mendaftar dan menggunakannya.

Cara penggunaannya juga sangat mudah. Hanya imbas kod QR di kedai, sahkan jumlah pembayaran bersama pekedai, dan masukkan jumlah tersebut untuk pembayaran. Selepas sah diterima pekedai, anda akan menerima makanan atau minuman yang dibayar.



Tetapi duit mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam dompet elektronik Boost. Ia boleh dilakukan samada menerusi kad debit/kredit, ataupun melalui perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain.

Ciri-ciri dompet digital ini merupakan satu fungsi baru di dalam Boost. Sebelum ini, Boost menyediakan pembelian pelbagai baucar dalam satu tempat seperti kredit permainan (Steam, Garena, MOL, Playstation), strim muzik (Joox, Spotify), strim video, (iflix, tonton, dimsum) dan banyak lagi.

Selain membeli baucar untuk diri sendiri, ia juga boleh digunakan sebagai hadiah untuk orang lain. Seperti pemberian duit raya dalam bentuk baucar Boost. Pengguna Boost juga boleh menghantar wang antara satu sama lain, tanpa caj bank serta tidak mengira rangkaian.

Aplikasi Boost boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.myboost.com.my atau singgah ke Facebook Boost dan Instagram Boost.

Tags: BoostDompet elektronike-dompete-walletUTM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Boost mahu bebaskan UTM dari cengkaman Tunai

Boost mahu bebaskan UTM dari cengkaman Tunai

7 November 2017
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN