• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga HTC U Ultra jatuh bergolek-golek

  • OLEH Najib
  • 6:27 pm
  • 07/11/2017
  • Komen
Harga HTC U Ultra jatuh bergolek-golek
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah jatuh ditimpa tangga. Tetapi ia bukannya perkara yang tidak baik, sebaliknya ini satu berita baik buat peminat telefon pintar HTC. Kerana telefon pintar HTC U Ultra kini berharga RM1,999 sahaja.

HTC U Ultra tiba di pasaran Malaysia pada Februari tahun ini, dengan harga jualan RM2,999. Dua bulan selepas itu, harganya dikurangkan sebanyak RM400, menjadi RM2,599 sahaja.



Good news, HTC fans! Get the brilliant HTC U Ultra at a brand new price and get a free RE Camera with every purchase!*…

Posted by HTC Malaysia on Monday, November 6, 2017

Kini di bulan November, HTC Malaysia mengumumkan pemotongan harga sebanyak RM600 yang menjadikan HTC U Ultra dijual pada harga RM1,999. Lebih menarik lagi, ia disertakan bersama satu hadiah percuma, kamera HTC Re yang berbentuk seperti paip.

Baik sangat tawaran ni.

Jika belum kenal, HTC U Ultra adalah telefon pintar kelas flagship tahun lepas. Ia memiliki cip Snapdragon 821 di dalam, 4GB RAM bersama 64GB storan.



Skrin HTC U Ultra agak unik, bukan kerana nipis bezel atau lengkung, tetapi skrin kedua di atas yang boleh memaparkan pelbagai notifikasi dan lain-lain perkara tanpa melibatkan skrin utama. Untuk skrin utama, ia seluas 5.7-inci dengan resolusi QuadHD di atas paparan Super LCD 5.

Kameranya pula 12MP f/1.8 di belakang, dengan saiz sensor besar berukuran 1.55-mikron. Manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 16MP untuk tangkapan swafoto. Bateri di dalamnya berkapasiri 3,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Adakah ciri-ciri ini cukup hebat untuk anda membelanjakan RM1,999? Jika masih tak cukup, ada satu lagi tawaran menarik dari DirectD. HTC U Ultra dijual lebih murah di DirectD iaitu RM1,799 tetapi tanpa hadiah percuma kamera HTC Re. Menarik? Pergi beli segera sebelum kehabisan stok.

REDUCED! HTC U Ultra – RM1799 ONL inclusive of GST!

Original set with 1 year warranty by HTC Malaysia. Available in…

Posted by DirectD on Sunday, November 5, 2017

Tags: HTChtc malaysiaHTC U Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Harga HTC U Ultra jatuh bergolek-golek

Harga HTC U Ultra jatuh bergolek-golek

7 November 2017
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN