• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Pasaran Tablet Catat Pengucupan Dengan Apple Kekal Sebagai Teraju

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:48 pm
  • 07/11/2017
  • Komen
Pasaran Tablet Catat Pengucupan Dengan Apple Kekal Sebagai Teraju
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut IDC, pasaran tablet bagi suku ke-3 2017 (3Q17) menunjukkan penurunan apabila mencatatkan edaran sebanyak 40 juta unit, 2.3 juta lebih rendah berbanding tempoh yang sama. Ramai pemerhati yang beranggapan ia disebabkan oleh pengukuhan sektor PC serta lambakkan telefon fablet yang menghimpin pertumbuhan peranti kelas ini.

Syarikat Apple, Amazon, Huawei, dan Lenovo mencatatkan peningkatan daripada segi edaran dalam julat antara 300 ribu unit dan 1 juta unit. Samsung pula mencatatkan penurunan sebanyak 500 ribu unit daripada 6.5 juta unit.



5 Pengeluar Tablet Utama Untuk 3Q17

Daripada segi pegangan pasaran, Apple terus mengukuhkan cengkaman mereka dalam segmen ini. Tiga syarikat yang lain turut meningkat pegangan mereka tetapi tidaklah begitu ketara iaitu dalam julat antara 3.4% hingga 0.9%



Apple, walaupun mereka tidak banyak melancarkan model tablet berbanding pengeluar lain, kualiti serta prestasi yang ditawarkan oleh iPad masih sukar untuk ditandingi. Ditambah pula dengan penyertaan barisan iPad Pro yang dicanang sebagai pengganti PC, Apple mampu mengukuhkan dominasi mereka dalam arena tablet.

Berbeza pula dengan Samsung, sungguhpun syarikat ini memiliki pelbagai tawaran tablet, daripada kelas rendah hinggalah premium, mereka gagal untuk menarik minat pengguna untuk membelinya. Berkemungkinan faktor harga berbanding keupayaan tablet itu sendiri menjadi punca.

Amazon lebih tertumpu pada pasaran berkos rendah. Mereka pernah menawarkan tablet pada harga serendah USD30 (RM128.88). Walaupun kerugian pada penjualan, kos itu boleh dikaut semula melalui paparan iklan yang disuntik pada sistem operasi dalam tablet itu sendiri.

Huawei dan Lenovo pula lebih menumpukan pada pasaran Asia Pasifik dan Eropah Barat. Huawei dan Lenovo banyak menawarkan tablet yang memiliki fungsi telefoni pada harga yang lebih menarik berbanding jenama lain.

[Sumber: IDC]

Tags: 2-in-1appleconvertibleHuaweiidclenovosamsungstatistiktablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pasaran Tablet Catat Pengucupan Dengan Apple Kekal Sebagai Teraju

Pasaran Tablet Catat Pengucupan Dengan Apple Kekal Sebagai Teraju

7 November 2017
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER