Produk Honor Terima Diskaun 73% Sehingga 11 November

Bersempena dengan hari 11/11, vmall Malaysia, laman dalam talian rasmi untuk produk Honor telah memulakan karnival diskaun keatas produk-produk mereka.

Terdapat 6 model telefon yang menerima diskaun antara 38% hingga 70%. Telefon yang terlibat dalam program Flash Sale anjuran vmall ialah seperti:

  • Honor 4C
  • Honor 5C
  • Honor 5X
  • Honor 6 Plus
  • Honor 7 16gb (Silver/Grey)
  • Honor 7 32gb (Gold)

Pada harga RM299, Honor 4C adalah telefon termurah yang anda boleh beli pada karnival digital ini. Secara ringkas, Honor 4C dikuasakan cip tahun 2014 iaitu Kirin 620 yang setara dengan Snapdragon 410. Ia memiilki RAM sebesar 2GB dan storan dalaman seluas 8GB. Kamera depan dan belakang pada 4C masing-masing adalah 5MP dan 13MP.

Untuk telefon yang memiliki spesifikasi tertinggi, anda boleh mendapatkan Honor 7 pada harga RM649. Ia memiliki cip Kirin 935 yang setara dengan Snapdragon 810 yang bergandingan dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Untuk mengambil gambar, ia diberikan kamera 20MP (belakang) dan 8MP (depan).

Selain telefon, vmall juga menawarkan powerbank, earfon, dan kayu selfie pada harga yang murah.

Perlu diingatkan bahawa tawaran hanya dibuka untuk 1 jam bermula 10 pagi pada setiap hari sehingga 11 November 2017. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web vmall Malaysia.