• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Rawak

Civic Type R 2017 Ditapau “Ferrari Malaysia”…

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:54 pm
  • 09/11/2017
  • Komen
Civic Type R 2017 Ditapau “Ferrari Malaysia”…
Share on FacebookShare on Twitter

…pada harganya. Mana taknya, Myvi (2018) Standard G baru berharga RM44,300 berbanding Civic Type R yang berharga RM320,000. Honda Malaysia hari ini telah melancarkan Honda Civic Type R (FK8) di Malaysia Autoshow 2017 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Jentera ini dinobatkan sebagai kereta pacuan depan (front wheel drive) paling pantas melengkapkan litar Nürburgring apabila mencatatkan masa 7:43:80 untuk mengelilingi litar 20.76km itu. Ia telah memahat jatuh 7 saat daripada rekod 7:49.21 yang dicatatkan Volkswagen Golf GTI yang dicatatkan pada hujung Disember 2016 lalu.



Anda akan mengetahui punca kejayaan tersebut apabila membuka hud depan kereta ini. Sebuah enjin K20C1 2.0L dengan pengecas turbo (turborcharger) beserta teknologi VTEC membekalkan 310PS pada gandar tayar depan. Tenaga yang disalur dikawal oleh sistem penghantaran 6 gear.

Berbanding edisi terdahulu, Civic Type R (2017) kini menggayakan tayar yang lebih besar iaitu 255/30 pada rim sebesar 20″ untuk menggantikan tayar 235/35 pada rim 19″ pada FK2.



Tahap keaerodinamikan kereta ini nyata ditambah baik pada beberapa sudut.

Misalnya bukaan pada hud depan bukan saja digunakan untuk menyuap enjin dengan udara sejuk, tapi untuk mengurangkan geseran angin. Pada bahagian sisi bumper depan juga ada beberapa bukaan yang digunakan untuk menyukkan piring brek Brembo dan jua menghasilkan langsir angin pada sisi tayar kerana tayar yang besar boleh menganggu pengaliran udara dari depan ke belakang.

Sayap lawi (winglet) juga hadir pada bumper depan yang akan mengurangkan geseran angin dengan cara menyalurkan angin dalam pola yang teratur serta menghasilkan daya tujah kebawah. Komponen yang sama turut hadir pada bahagian tayar belakang.

Untuk menambah tujahan kebawah pada kelajuan tinggi, penjana angin pusar (vortex generator) akan menghantar angin yang bergolak pada bahgian atas spoiler.

Kalau nak sentuh dan hidu kereta ini, berkunjunglah ke MAEPS, Serdang kerana ia akan ada di sana sehingga 12 November 2017. Kalau nak tempah pula anda boleh pergi ke Honda Sports Dealer yang berdekatan.

Tags: fk8harga honda civic type rhondahonda civichonda civic type rhonda malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Civic Type R 2017 Ditapau “Ferrari Malaysia”…

Civic Type R 2017 Ditapau “Ferrari Malaysia”…

9 November 2017
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER