Apps Files Go Daripada Google Memang Kemas

Salah satu kebaikan apps yang dihasilkan Google adalah ia tidak dibanjiri dengan iklan, kalau adapun ia  dipersembahkan dengan cara paling halus. Begitu juga dengan Files Go Beta, sebuah apps File Manager.

Anda dihidangkan dengan antaramuka yang ringkas dan apps yang sangat responsif. Google juga telah menyuntik fungsi membersihkan cache dan juga memberi cadangan kepada pengguna untuk membuang apps yang sudah lama tidak digunakan.

Satu lagi ciri menarik Files Go Beta adalah penghantaran fail ke telefon secara luar talian. Telefon penghantar dan penerima akan bertindak sebagai hotspot sementara untuk menjadi “jambatan” perpindahan data.

Ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Maka, anda boleh menghantar gambar ataupun video tanpa melalui Internet. Lebih menarik, apps ini sangat kecil saiznya iaitu kurang daripada 6MB. Ia tidak memakan banyak ruang dan kuasa pemproses.

Jika anda berminat untuk mencuba File Go Beta, muat turunnya sekarang di Play Store.