Tips terbaik membeli-belah di Jualan Singles Day 11.11 adalah CASHBACK

11 November adalah satu tarikh keramat buat penggemar beli-belah online, kerana pelbagai platform e-dagang membuat tawaran terhebat mereka pada satu hari ini. Jika anda pernah mendengar tentang Black Friday atau Cyber Monday di luar negara, jualan 11 November atau nama popularnya Singles Day adalah yang seumpamanya untuk kita di Malaysia.

Sebelum anda terus pergi membeli-belah, cuba baca dan hadam tips yang kami sediakan di bawah ini. Kami ingin membantu anda mendapatkan penjimatan dan tawaran terbaik untuk membeli-belah dalam talian selama satu hari ini.

Pertama sekali, daftar ShopBack terlebih dahulu

Apa itu ShopBack? ShopBack adalah platform tunai kembali atau cashback, di mana pengguna akan menerima wang tunai kembali untuk setiap pembelian yang dibuat. Mungkin tidak banyak, tapi kalau 10x beli dapat balik 3%, berapa banyak dah tu? Cuma khas untuk Singles Day ini, cashback yang diberi akan digandakan.

Kenapa ShopBack? Kerana ia memberi cashback untuk pembelian di hampir semua platform beli-belah dalam talian yang boleh anda temui di Malaysia. Sebut apa sahaja nama, Lazada, 11street, Qoo10 , Zalora, FashionValet malah platform e-dagang China seperti Tmall, Taobao dan Aliexpress juga terdapat di ShopBack. Beli tambah nilai atau topup pun boleh dapat cashback.

Bukan itu sahaja, malah ia meliputi portal percutian, penerbangan, penempahan hotel dan sebagainya. Nama seperti AirAsia Go, Malaysia Airlines, Expedia, Booking.com, Hotels.com dan banyak lagi tersedia untuk menerima cashback melalui ShopBack.

Lebih baik lagi, khas untuk sehari sahaja pada 11 November, ShopBack akan menggandakan cashback yang diberikan. Contohnya membeli-belah di Lazada boleh menerima sehingga 11% cashback, pada 11.11 ia digandakan kepada sehingga 22%.

BACA  Pemakluman Tentang Kegendalaan Servis Celcom

Bagi Taobao dan Tmall pula, cashback hari biasa sehingga 10%, pada 11.11 ia menjadi sehingga 50%. Tidak tahu bagaimana hendak membeli-belah di Taobao dan Tmall, cuba rujuk panduan yang disediakan oleh ShopBack di sini.

Untuk tawaran penuh semua platform beli-belah yang boleh menerima cashback menerusi Shopback, layari laman khas ShopBack Singles Day.

Tetapi jika anda belum lagi mendaftar ShopBack, apa kata guna pautan rujukan kami ini agar kita boleh sama-sama menerima RM5 percuma dari ShopBack. Tapi kena buat pembelian sekurangnya RM25 dulu. Selepas itu, anda ajak juga kawan-kawan lain untuk mendaftar Shopback menggunakan rujukan anda.

OK itu sahaja yang anda perlu tahu. Selepas dah ada akaun ShopBack, bolehlah pergi membeli belah sekarang.