[Reviu] Honor VR Direncat Potensi Besarnya Oleh Pihak Luar

honor VR adalah sebuah aksesori kamera yang menukarkan telefon anda menjadi sebuah perakam 360 untuk imej pegun dan video. Memiliki berat hanya 26.5 gram, ia adalah sebauh aksesori yang menarik untuk dimiliki.

Spesifikasi asas honor VR

  • Menyokong semua telefon Android yang ada port USB-C
  • Apertur lensa seluas F2.4
  • Resolusi gambar 3008 × 1504
  • Resolusi video sehingga [email protected]

Satu set honor VR singgah di meja editor untuk dipandu uji saya. Adakah berbaloi untuk memilikinya? Teruskan membaca.

Pengalaman mengguna

Menggunakan honor VR amat mudah, saya cuma perlu mencucuk kaki kamera pada port USB-C honor 9 saya. Jika apps Insta360 masih belum terpasang, satu pop-up akan kelihatan memberitahu anda untuk memasangnya sebelum mula mengambil gambar 360.

Oh ya, honor VR adalah produk yang dijenamakan semula daripada Insta360 Air. Maka, honor VR masih menggunakan APP daripada Insta360 untuk mengawal kamera honor VR.

Mengambil gambar pada kamera ini sama seperti biasa. Tidak banyak pemboleh ubah yang boleh dimainkan di sini. Contohnya, semasa mengambil gambar pegun, anda boleh menetapkan tahap dedahan (exposure compensation) dan penjangka (timer) antara 3 saat hingga 15 saat.

Gambar yang diambil boleh dikongsikan terus ke laman Insta360 yang sedia mengehoskan semua imej-imej 360 yang diambil menggunakan honor VR.  Saya menemui fungsi untuk meng-embed gambar yang dikongsi pada laman web.

Jika taknak berkongsi di laman Insta360, saya juga ada pilihan untuk mengeksport imej terus ke storan dalaman telefon. Terdapat tiga pilihan sebenarnya.

  1. Simpan dalam bentuk animasi sekiranya ingin berkongsi di laman seperti Instagram yang tidak menyokong kandungan 360 secara natif.
  2. Simpan dalam bentuk imej 360 sebelum dikongsikan di laman yang menyokong kandungan 360 secara natif seperti Facebook.
  3. Simpan bahagian tertentu imej untuk dikongsikan kelak.
BACA  Kamera iPhone XS, melawan iPhone X, Galaxy Note9 dan P20 Pro

Salah satu kelemahan yang saya kesan jika berkongsi imej 360 yang dieksport adalah resolusinya yang kecil. Ia mengurangkan kualiti gambar ke tahap yang menyedihkan. Contohnya, dua gambar 360 dibawah adalah yang sama seperti dua gambar sebelum ini. Cuma imej yang terkemudian ini dieksport sebelum dikongsi.


Contoh imej yang dieksport (tekan untuk resolusi penuh)

Kamera ini juga ada fungsi bersiaran langsung secara 360. Tiga perkhidmatan sosial yang disokong apps ini adalah:

  • Facebook
  • YouTube
  • Weibo

Jika anda lebih mahir, fungsi berstrim guna RTMP turut disediakan.

Kesimpulan

honor VR adalah percubaan yang baik daripada honor untuk menceburi bidang pengimejan 360. Walau bagaimanapun, teknologi ini mengambil masa terlalu lama untuk matang dan ia dengan mudahnya dicantas teknologi-teknologi lain seperti augmented reality.

Tambahan pula, tidak banyak laman sosial yang menyokong untuk memaparkan kandungan 360 menyebabkan penggunaan kamera ini rencat walaupun ia mempunyai potensi yang besar.

Berbaloikah untuk memilikinya? Ya, tidak syak lagi kalau anda gemar berkongsi gambar keadaan sekeliling. Misalnya sewaktu melancong ke luar negara dan anda ingin berkongsi kegamatan pesta disekeliling anda tanpa perlu pusing seperti puting beliung.

Tapi, agak sukar untuk mengesyorkan pada jurugambar ataupun juruvideo yang menggunakan kandungan 360 untuk kandungan kreatif keranta butiran yang dimiliki pada hasil gambar dan video belum mencapai tahap yang boleh dikomersialkan.

Sungguhpun begitu, tidak adil untuk mengkritik kerana hofnor VR dijual pada harga hanya RM599, RM300 lebih murah berbanding pesaing seperti:

  1. Samsung Gear 360
  2. Ricoh Theta SC

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke DirectD.