CIMB Umum Alami Kecurian Data Tapi Pengguna Tak Perlu Risau

Pada 13 November 2017, CIMB menerusi pelbagai medium telah mengumumkan yang sejumlah storan pita magnetik mereka telah dicuri semasa dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, mereka memaklumkan pengguna tidak perlu risau setakat ini belum ada pencerobohan berlaku kesan kecurian tersebut.

Mereka telah mempertingkat tahap keselamatan sejurus menerima berita itu seperti mengehadkan akses beberapa perkhidmatan seperti:

  • Memasukkan wang ke akaun Kwik menggunakan kad kredit/debit.
  • Pembayaran kad Prepaid Mastercard Kwik/Lazada melalui kad kredit.

Jika anda ada pertanyaan, sila berhubung dengan talian bantuan 24 jam di 03 6204 7788.

Tapi, pada tahap ini, mungkin anda tertanya mengapa sistem perbankan yang mengendalikan bilion dana menggunakan storan pita magnetik yang teknologinya berusia hampir 100 tahun? Mengapa tak gunakan HDD, SSD, atau pemacu kilat yang lebih canggih?

Contoh storan pita pagnetik

Terdapat beberapa sebab yang mampu kami fikirkan kenapa storan pita magnetik masih menjadi pilihan untuk medium storan. Antaranya adalah:

  • Kos yang rendah
    Di Lazada, storan pita magnetik berkapasiti 1.6TB hanya berharga RM195
  • Keutuhan
    Tempoh hayat storan magnetik boleh mencapai sehingga 30 tahun jika disimpan dalam keadaan ideal. Bagi HDD pula, ia diletakkan pada purata 4 tahun.
  • Tahap Keselamatan
    Pembaca storan pita magnetik amat sukar untuk diperoleh. Hanya syarikat-syarikat besar memiliki akses kepada teknologi ini. Maka, risiko untuk orang awam mencuri data sensitif boleh dikurangkan.
BACA  Beli aiskrim di 7-Eleven boleh dapat kad sim percuma