Diskaun masa terhad untuk melanggan MaxisONE Home Broadband

Berita baik untuk mereka yang sedang mencari pelan jalur lebar tetap di rumah. MaxisONE Home Broadband kini boleh dilanggan pada harga serendah RM119 sebulan.

MaxisONE Home Broadband ditawarkan dalam empat bentuk pelan: 10Mbps, 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps. Tetapi hanya dua pelan yang menerima diskaun untuk masa terhad.

Pelan 10Mbps diturunkan harga langganan menjadi RM119 sebulan, dari harga asal RM139. Pelan ini datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian tetap dan mudah alih.

Pelan kedua yang menerima potongan harga ialah pelan 30Mbps. Ia dikurangkan kepada RM139 sebulan sahaja, RM40 diskaun dari harga asal RM179. Selain panggilan tanpa had ke semua talian, pelan ini turut menerima telefon rumah percuma, akses tanpa had iflix serta rundingan dan pemasangan dari pakar Maxperts percuma.

Dua lagi pelan, 50Mbps dan 100Mbps kekal tanpa sebarang promosi. RM219 sebulan untuk pelan 50Mbps dan RM299 untuk 100Mbps. Kedua-dua pelan ini mendapat tawaran yang sama seperti pelan 30Mbps iaitu telefon rumah, iflix dan Maxperts percuma.

Tetapi sebelum itu, sila perhati dengan teliti terma dan syarat promosi ini. Promosi harga diskaun untuk pelan 10Mbps dan 30Mbps hanyalah sehingga 31 Disember 2017. Promosi pelan 10Mbps hanya untuk pelanggan baru, manakala pelan 30Mbps dibuka untuk pelanggan baru dan pelanggan sedia ada yang sudah tamat kontrak.

Kemudian, harga promosi ini hanya selama 24 bulan sahaja. Masuk ke bulan 25, pengguna perlu membayar harga asal iaitu RM139 untuk 10Mbps dan RM179 bagi 30Mbps. Perlu diingatkan, semua langganan jalur lebar tetap akan datang bersama kontrak 24 bulan. Bermakna habis sahaja kontrak, perlu bayar harga asal langganan.

BACA  Kad MikroSD percuma dengan membeli tablet Samsung Galaxy Tab

Adakah kawasan anda termasuk di dalam capaian MaxisONE Home Broadband? Jika terdapat Unifi di kawasan anda, kebiasannya ia juga akan terdapat MaxisONE Home Broadband, kerana ia menggunakan infrastruktur yang sama. Untuk kepastian, semak liputannya di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maxis Home Broadband.