• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home esukan

Garena Edar Skin Percuma Untuk Yang Hadir Menonton Perlawanan LoL

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:02 pm
  • 15/11/2017
  • Komen
Garena Edar Skin Percuma Untuk Yang Hadir Menonton Perlawanan LoL
Share on FacebookShare on Twitter

Garena Student Alliance (GSA) sedang mengadakan satu kejohanan esukan yang menawarkan hadiah bernilai RM62,000 beserta tajaan biasiswa. Pertandingan yang berlangsung sejak bulan lepas, kini hampir sampai ke penghujungnya dengan pusingan akhir dijadualkan pada 18 November ini.

Dua universiti yang dulunya berjiran, akan bertempur di Summoner’s Rift bagi merebut piala Kejohanan GSA 2017. Taylor’s University yang turun ke gelanggang selaku juara Malaysia Campus League: League of Legends (MYCL) 2017 akan bertemu University& Kolej INTI (INTI) yang bukan mudah untuk menyerah kalah.



Untuk permainan FIFA Online 3 pula, empat pasukan akan berentap di separuh akhir sebelum dia daripadanya akan mara ke pusingan akhir. INTI akan bertemu University Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) manakala Asia Pacific University (APU) akan beradu tenaga dengan Universiti Selangor (UNISEL).

Kalau anda tiada apa-apa rancangan pada hari minggu ini, anda bolehlah berkunjung ke Asia Pasific University untuk menonton perlawanan-perlawanan akhir yang akan berlangsung. Bukan saja bus pengantara disediakan dari stesen Komuter Bukit Jalil, Garena turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.



Need transport to attend GSA Championship 2017 Grand Finals? Take our shuttle bus in Bukit Jalil LRT station!

Event…

Posted by Garena Student Alliance – GSA on Tuesday, November 14, 2017

Misalnya, pengunjung berpeluang menerima skin untuk hero League of Legends anda ataupun jika anda seorang pemain Fifa Online 3, World Best Pack menanti anda.

Dalam hal yang berkaitan, OzoraVeki akan menjadi nahkoda buat pasukan Malaysia dalam kejohanan ASUS Join The Republic: Community Challenge edisi global yang akan berlangsung di Stockholm, Sweden awal tahun 2018.

Selaku kaptem, OzoraVeki telah diberi amanah untuk memilih empat pemain berbakat untuk membentuk kontinjen daripada para pemain yang berjaya menembusi pusingan separuh akhir Kejohanan GSA yang sedang berlangsung ini.

Atlet esukan yang akan mewakili Malaysia di Stockholm kelak ialah:

  • Poon “OzoraVeki” Kok Sing
  • Jsoon “TOX1C” Tan
  • Wong “Sophiee” Hui Zyn
  • Dylan “itsDolan” Leong
  • Lee “Proachy” Yee Sin
Tags: esukanfifa online 3fo3garenagarena malaysialeague of legendslolozoraveki
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Garena Edar Skin Percuma Untuk Yang Hadir Menonton Perlawanan LoL

Garena Edar Skin Percuma Untuk Yang Hadir Menonton Perlawanan LoL

15 November 2017
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER