Celcom buka tawaran awal iPhone X serendah RM138 sebulan

Tempahan iPhone X yang bermula pada 17 November 2017, dimulai dengan Celcom. Mereka telah menghantar emel lebih awal kepada pengguna yang telah mendaftar minat lebih awal.

Dalam emel tersebut, Celcom menawarkan dua jenis tawaran untuk mendapatkan iPhone X dengan harga lebih rendah tetapi berkontrak. Tawaran pertama adalah EasyPhone dan tawaran kedua adalah pelan biasa FIRST.


Dengan EasyPhone, pengguna tidak perlu gusar memikir harga telefon serta wang pendahuluan. Hanya bayar satu komitmen bulanan yang menggabungkan pelan FIRST dan ansuran bulanan telefon pintar selama 24 bulan.

Pelan EasyPhone ini boleh dilanggan menerusi cawangan BlueCube atau Rakan Niaga Celcom terpilih. Senarai penuh komitmen bulanan iPhone X bersama EasyPhone adalah seperti berikut:

iPhone X 64GB

FIRST Gold Plus – RM165+98 = RM263 sebulan
FIRST Gold Supreme – RM153+128 = RM281 sebulan
FIRST Platinum – RM148+148 = RM296 sebulan
FIRST Platinum PLus – RM138+188 = RMRM326 sebulan

iPhone X 256GB

FIRST Gold Plus – RM192+98 = RM290 sebulan
FIRST Gold Supreme – RM180+128 = RM308 sebulan
FIRST Platinum – RM175+148 = RM323 sebulan
FIRST Platinum Plus – RM165+188 = RMRM353 sebulan

Manakala kontrak biasa 24 bulan bersama pelan FIRST pula memberikan penjimatan sehingga RM1,926 dalam tempahan awal ini. Ia ditawarkan menerusi Stor dalam talian Celcom.

Harga jualan iPhone X mengikut kontrak pelan FIRST adalah seperti berikut:

iPhone X 64GB

FIRST Gold Plus – RM3,718
FIRST Gold Supreme – RM3,508
FIRST Platinum – RM3,358
FIRST Platinum PLus – RM3,078

iPhone X 256GB

FIRST Gold Plus – RM4,378
FIRST Gold Supreme – RM4,168
FIRST Platinum – RM4,018
FIRST Platinum Plus – RM3,738

Maklumat penuh tawaran ini masih belum diketahui. Sudah pasti, wang pendahuluan perlu dibayar jika mahu membeli iPhone X bersama kontrak pelan FIRST. Kita tunggu Celcom melepaskan maklumat penuh sebentar lagi.

BACA  Internet 4G tanpa had di unifi mobile hanya RM55 sempena Hari Malaysia

Seperkara lagi, semua angka di atas tidak termasuk GST 6%. Ia perlu ditambah apabila membuat bayaran kelak.